Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
818) ARTIKEL BERITA HARIAN 10/7/13-Artifak, DNA bukti kewujudan Melayu
12 Jul 2013

( *Ralat: Gambar tersebut bukan gambar Dr Zaharah)
Oleh Haspaizi Mohd Zain
Kuala Lumpur:
Pendapat dalam buku Contesting Malayness terbitan universiti Singapura yang
mendakwa bangsa Melayu tidak pernah wujud di dunia ini sebagai satu agenda
untuk melemah dan memperlekehkan bangsa Melayu.
Sambil menyangkal
dakwaan itu, Pengkaji Sejarah, Dr Zaharah Sulaiman sebaliknya merumuskan Melayu
itu sebagai bangsa yang dicemburui di seluruh dunia kerana penyebarannya hampir
ke seluruh dunia dan didapati turut membenihkan bangsa lain.
Beliau yang
menjalankan kajian mengenai kewujudan bangsa Melayu sejak 2009 berkata, buku
yang diterbitkan universiti Singapura itu masih boleh disanggah faktanya,
selain begitu menyorot kepada usaha untuk menafikan kewujudan bangsa Melayu di
muka bumi ini.
Pembenihan bangsa
lain
“Jika kita
teliti bangsa Melayu ini tersebar hingga meliputi satu perenam dunia, bangsa
ini turut terdapat di Madagascar dan bahasa Melayu masih lagi digunakan
sehingga kini. Melayu benar-benar wujud dan bangsa ini jugalah yang membenihkan
bangsa lain.
“Benua Sunda
adalah benua yang cukup nyaman untuk didiami dan ia menjadi pusat pembenihan
kepada bangsa lain oleh bangsa Melayu. Bangsa Melayu berasal daripada keturunan
Semang dan Senai.
“Kajian ini
dilakukan berdasarkan kepada penemuan artifak dan juga DNA (asid
deoksiribonukleik). Malah, hasil kajian juga membuktikan kewujudan bangsa India
dan Cina lebih muda berbanding Melayu,” katanya yang menyifatkan ada pihak
tertentu di sebalik penerbitan buku itu.
Antara lain,
Contesting Malayness yang ditulis oleh seorang profesor di Universiti Kebangsaan
Singapura, mendakwa bangsa Melayu tidak pernah wujud, sebaliknya bangsa itu
adalah hasil daripada bangsa lain.