Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
819) ARTIKEL HARIAN METRO 10/7/13- `Melayu hebat’
12 Jul 2013

Byline / Author:
Oleh Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur:
“Melayu bukanlah bangsa yang lemah, tidak mahir dan boleh dipandang hina.
Sejarah membuktikan bangsa ini penakluk agung, ahli maritim yang handal dan
cukup disegani.
“Tindakan pihak
tertentu mengeluarkan buku mendakwa Melayu tidak pernah wujud tidak benar sama
sekali dan fakta sebenar membuktikan sebaliknya. Orang Melayu perlu berbangga
dengan kehebatan bangsa mereka,” kata pengkaji sejarah Dr Zaharah
Sulaiman.
Tampil dengan kajian
mengenai kewujudan Melayu di rantau ini sejak hampir empat tahun lalu, beliau
berkata, kegemilangan bangsa itu satu masa dulu turut diakui pencatat yang
menemui bukti orang Melayu terkenal dengan sifat baik hati sehinggakan sering
dipergunakan orang lain.
“Kajian saya turut
menemui Melayu sebenarnya lebih awal wujud daripada tamadun India dan Cina
dengan kawasan penempatan di Benua Sunda yang begitu baik dari segi iklim dan
rupa bentuk muka bumi untuk didiami.
“Bukti yang ada
cukup untuk mengatakan bangsa Melayu berasal daripada keturunan Semang dan
Senoi yang kemudiannya membenihkan bangsa lain di dunia,” katanya.
Fakta mengenai
penemuan itu akan dapat diikuti tidak lama lagi selepas kajiannya dibukukan
hasil penyelidikan bersama beberapa universiti selain sejarawan negara.
Ia akan merungkai
kenyataan sesetengah pihak termasuk mendakwa orang Melayu jahat, perompak dan
pemalas seperti didakwa menerusi buku `Contesting Malayness’ terbitan sebuah
universiti di Singapura yang jelas berat sebelah tanpa bukti kukuh.
Dr Zaharah berkata,
kajiannya selama ini berdasarkan penemuan artifak serta DNA (asid
dioksiribonukleik) daripada 160,000 tahun lampau sehingga ke hari ini dan ia
akan menemui orang ramai tidak lama lagi.
“Saya sudah
jelaskan penemuan ini di dalam siri jelajah secara tertutup dengan disertai
kumpulan kecil. Mudah-mudahan ia memberi satu dimensi baru kepada orang
Melayu,” katanya.