Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
822) UTUSAN MALAYSIA 12/7/13-Jangan beri layanan ‘anak emas’
13 Jul 2013

KUALA LUMPUR 11
Julai – Kerajaan tidak seharusnya melayan syarikat penerbangan tambang murah,
AirAsia Berhad (AirAsia) seperti anak emas memandangkan perkhidmatan yang
diberi tidak memuaskan dan mengecewakan pelanggan.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara
itu berdasarkan pelbagai aduan dan rungutan orang ramai mengenai kualiti
perkhidmatan sambil lewa syarikat penerbangan tersebut.
Malah, tambahnya,
terdapat pelbagai isu berkaitan perkhidmatan syarikat itu yang belum
diselesaikan termasuk tidak melaksana urusan dengan penuh etika, penerbangan
sering ditunda dan isu status makanan halal yang dihidang.
“Syarikat
penerbangan itu sepatutnya memberi layanan istimewa kepada pelanggan setimpal
dengan keistimewaan yang diberi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).
“Malangnya
pengguna tidak menerima ‘keistimewaan’ itu seolah-olah AirAsia tidak dilayan
seperti anak emas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas
kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi semalam, yang
mengakui AirAsia seperti anak emas kerana menerima pelbagai layanan istimewa
MAHB.
Menurut Ab. Aziz,
MAHB terpaksa melayan semua permintaan AirAsia dalam pembinaan KLIA2
memandangkan syarikat penerbangan itu merupakan operator terbesar sehingga
berlaku peningkatan kos tetapi masih munasabah.
Mengulas isu sama,
Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri
Dr. Saharuddin Awang Yahya menggesa kerajaan mengkaji semula keistimewaan yang
diberi terhadap AirAsia supaya tidak menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan
rakyat.
“Jika kerajaan
terus memenuhi tuntutan AirAsia, syarikat itu juga seharusnya mengambil
pendekatan sama iaitu memberi layanan terbaik kepada pelanggan,” katanya.
Menurut beliau,
kerajaan perlu menghentikan segala keistimewaan kepada AirAsia sekiranya
kualiti perkhidmatan syarikat itu tidak dipertingkat dan terus dipersoal
pelbagai pihak.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130712/dn_08/Jangan-beri–layanan-‘anak-emas’#ixzz2YtyyGigM © Utusan Melayu (M)
Bhd