Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
823) RENCANA : ADAKAH KITA BACUL SEHINGGA MASIH MEMBIARKAN DIRI DI HINA
13 Jul 2013

DR AHMAD ZAKI ISMAIL
Sekali lagi
nampaknya Agama Rasmi Negara, kedaulatan Raja-Raja, dan kesabaran pribumi
negara ini dihina begitu rupa. Kali ini oleh individu yang sepatutnya lebih
beradab iaitu Wakil Vatican ke Malaysia yang bertaraf diplomat Archbishop
Joseph Marino. Dengan megah, ego dan tanpa sebarang rasa bersalah  Marino yang baru sahaja dilantik dipetik
sebagai berkata beliau amat bersetuju, menyokong penuh tuntutan itu memang
sangat kena pada tempatnya sepertimana yang dipetik oleh Blog
bigdog.dot.com  hari ini.
Ini merupakan
rantaian penghinaan yang berlaku tanpa hentinya semenjak pemansuhan Akta
Keselamatan Dalam Negeri yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dengan hasrat
menjadi lebih berhemah, transparen dan mesra rakyat.
Meskipun masih ada
Akta Hasutan, kumpulan dalang di belakang semua ini tidak langsung merasa  gentar, takut atau merasa cuak untuk
meneruskan agenda jahat dan busuk mereka sehingga sudah sampai ketahap naik
tocang. Yang pelik, heran bin ajaib masih belum kelihatan sebarang  tindakan keras seperti yang diharapkan oleh
ramai rakyat yang cintakan keamanan yang dikenakan kepada kumpulan berkenaan.
Apakah perlu api dibalas dengan api, penghinaan dibalas dengan rusuhan sehingga
merealisasikan impian ‘Arab Spring’ berlaku di negara ini baru pihak berkuasa
akan memulakan tindakan.
Jangan lagi diuji
dan disakiti perasaan umat Islam dan Melayu di negara ini dengan sengaja
melengah-lengahkan tindakan. Kita khuatir, sudah ummat Islam dan orang Melayu
sudah menjadi tepu dengan amarah dan kesabaran yang sentiasa tercabar. Kita
takut sejarah amuk seperti yang dihadapi oleh penjarah JWW Birch bakal berulang
atau tragedi berdarah 13 Mei, 1969 bakal berulang. Jangan nafikan fakta dan
sejarah sepertimana kes pencerobohan di Lahad Datu tempohari yang selalu
diremeh dan dipandang enteng sebelumnya meskipun sudah banyak petanda-petanda
menunjukkan ianya bakal berlaku.
Mungkin ini tulisan
yang terakhir dipaparkan atau dibaca oleh anda yang degil di luar sana. PPIM
dan seluruh NGO Islam dan Melayu tidak lagi boleh berdiri sebagai badan bebas
menegur, merayu dan menagih simpati lagi daripada pihak berkuasa. Kita perlu
menggerak jentera dan mengatur agenda Ummah bagi menegakkan kesucian dan
kemurnian agama kita daripada terus dipecacaikan di bumi kita sendiri.
Kita tidak lagi
membuat himpunan untuk mengumpul Sejuta Ummah tetapi kini kita mengatur
strategi untuk bertindak. Jangan pula menyalahkan Umat Islam kerana bertindak,
kena tanyalah diri sendiri kenapa memalu gong perang kalau mengharap orang
menari ronggeng. Tidak mungkin resepi tomyam boleh mendatangkan hasil kari
kawah.
Kita juga mengambil
kesempatan ini kepada ummat Islam dan kesemua orang Melayu dan bumiputra semua
kembali bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi meletakkan noktah kepada
semua tindakan biadab dan kurang ajar mereka ini. Kita perlu ajar mereka
mengenai apa yang dikatakan kebebasan beragama yang sebenarnya. Kita juga perlu
membuktikan bahawa tunduk kita bukan untuk dipijak dan diam kita bukan bererti
kita takut.
Kalau benar mereka
yang beragama lain sungguh tulus dan Ikhlas, tidakkah anda semua melihat betapa
negara Islam Malaysia ini begitu perihatin memberikan bukan sahaja kebebasan
beragama, mengamalkan agama pilihan sendiri malah negara Melayu Bodoh Makan
Babi ini turut memberikan bantuan keewangan kepada pelbagai institusi agama
selain dari agama resmi negara ini.
Tidak cukup lagi,
Parlimen Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang di dokong
kemenangannya oleh orang Melayu Bangang Bodoh dan makan babi ini masih
perihatin menarik semula pembacaan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam
(Wilayah Persekutuan) 2013 berkaitan penentuan agama anak kerana dikhuatiri
memberikan tanggapan yang salah kepada rakyat yang bukan beragama Islam di
negara ini. Sedangkan, Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya lebih bersimpati kepada
mereka yang menyokong dan mendokong kemenangan mereka selama ini bukan
sebaliknya.
Pemerintah memang
cukup sedar bahawa dengan penarikan balik bacaan dan pembentangan mengenai Rang
Undang-undang berkaitan sudah tentu menggores hati banyak pihak samada di dalam
UMNO ataupun seluruh umat Islam yang lain. Malah, isu ini memang bakal menjadi
topik terhangat yang bakal di dendangkan di dalam Pilihanraya kecil Besut yang
akan menjelang tidak berapa lama lagi. Tentunya kerajaan Barisan Nasional telah
mengambil risiko yang sangat tinggi mengambil tindakan berkenaan dan sanggup
menerima impak daripada tindakan berkenaan.
Namun, bukan pujian
dan kerjasama yang diperolehi oleh Barisan Nasional sebaliknya mereka sengaja
ditikam dan dilemahkan secara berterusan seolah-olah memang termaktub dalam
agenda menjatuhkan pemerintah yang ada sekarang sehingga berjaya.
Meskipun sudah ada
Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang
membenarkan seorang kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun memeluk Islam
dengan kebenaran Ibu, Bapa atau Penjaga dan ia juga merujuk kepada Perkara 12
(4) Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara yang serupa tetapi masih
mempunyai kawasan yang kelabu berkaitan penafsirannya secara jelas. Inilah yang
sebenarnya yang ingin dilaksanakan melalui pembentangan Rang Undang-undang
berkaitan baru-baru ini.
Walaupun niat
sebenarnya adalah baik bagi mengurangkan pertelingkahan dan tidak merumitkan
proses yang kadangkala turut melibatkan kos, isu keselamatan dan seumpamanya
tetapi ia terpaksa di tarik demi menghormati pandangan mereka yang beragama
Islam. Dari segi logik akal, sepatutnya Rang Undang-Undang berkaitan diteruskan
pembacaannya sebab ia khusus merujuk kepada agama resmi negara dan dibincangkan
demi kebaikan umat Islam sendiri. Orang lain tidak patut dipedulikan sebab
kuasa ditangan kita.
Rupanya tidak begitu
keadaan para pemimpin negara kita yang kadangkala terlebih perihatin kepada
orang lain daripada penyokong mereka sendiri. Benar jugalah komentar sesetengah
pihak bahawa kita terlebih menyusukan kera di hutan sehingga anak sendiri mati
kelaparan. Sedang mereka yang di susukan itu menjadi kera besar ganas dan buas
sehingga sanggup menuba semua kolam, pokok, padang dan tasik tempat kita
mencari makan. Yang penting mereka mencapai matlamat peribadi dan kepentingan
sendiri. Benar juga pepatah kita mengatakan bagai kera diberikan bunga inilah
jadinya.
Adalah disarankan
kepada pihak berkuasa dan diseru semua orang Melayu dan mereka yang beragama
Islam kembalilah ke pangkal jalan. Mari kita buktikan siapakah sebenarna tuan
di negara tercinta ini. Kita juga ingin mereka yang cintakan keamanan ajarlah
kumpulan penyangak ini erti tata susila dan sopan santun. Tahu dan sedarlah
harga diri supaya nanti jangan dikatakan lebih sudu daripada kuah. Malah mereka
yang baru diberikan kuasa dalam kabinet yang baru dilantik ini supaya mencermin
diri setiap hari supaya tidak tersasar daripada amanah yang diberikan.
Kerajaan yang sedia
ada sudah puas merayu, berlembut dan mengamalkan tolak ansur. Rasanya tidaklah
zalim kalau sekarang mula bertindak keras dan tegas demi memantap, memulih dan
memperteguhkan kedudukan negara kita yang kini semakin hari semakin mereput dan
goyah akibat dibaham oleh anasir yang tidak tahu di untung ini.
Meskipun kita berada
di bulan Ramadhan yang mulia dan tidak digalakkan untuk berkeras dan bertegang
urat leher mahupun bertengkar, tetapi tidak bermakna kita boleh membiarkan
agama mulia kita ini dinoda begitu sahaja.
Dengan semangat
Ramadhan, marilah kita aturkan agenda dan strategi disamping berdoa semoga
Allah memperkasakan kita, memberikan kekuatan rohani dan jasmani bagi menentang
musuh-musuhnya baik yang terang dan nyata ataupun yang tersembunyi dengan apa
cara sekalipun. Kita bangun untuk mengempur dan melemahkan mereka dan menghalau
mereka daripada bumi yang mesyahadahkan Allah dan nabi dan menjadikan Islam
sebagai agama resminya.
DR. AHMAD ZAKI BIN
ISMAIL