Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
825) UTUSAN MALAYSIA 13/7/13-Rakyat perlu dididik, beri pendedahan bahaya guna steroid
14 Jul 2013

KUALA LUMPUR 12
Julai – Usaha mendidik dan memberi pendedahan berhubung bahaya penggunaan
steroid kepada masyarakat perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan
rakyat benar-benar faham dan mematuhi perkara tersebut.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,
masyarakat terutamanya golongan muda memerlukan panduan serta bimbingan yang
betul dalam memiliki bentuk badan yang menarik.
Jelasnya, ekoran kurangnya
pendedahan berhubung bahaya dan kesan sampingan pengambilan ubat terkawal itu,
golongan muda mengambil jalan singkat dengan mengambil steroid bagi memiliki
bentuk badan yang diidamkan.
Menurutnya, menjadi
tanggungjawab Kementerian Kesihatan mendidik serta memberi pendedahan tentang
bahaya penggunaan steroid secara berlebihan dan tanpa kawalan.
“Perkembangan
teknologi dan ilmu dalam bidang kesihatan tidak merumitkan. Jadi, gunakanlah
medium laman sosial ataupun melalui edaran risalah bagi mendidik
masyarakat,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Beliau mengulas
kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung segelintir
pengunjung gimnasium terlibat dengan penyalahgunaan steroid.
Kelmarin Utusan
Malaysia mendedahkan lebih 18,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada
golongan belia terdedah dengan ancaman kesihatan yang serius termasuk boleh
membawa kematian gara-gara penggunaan steroid kerana hendak tampil menarik dan
berotot.
Tambah Nadzim,
Kementerian Kesihatan turut digesa mengambil langkah lebih agresif memandangkan
ubat tersebut mudah diperoleh dengan harga semurah 50 sen bagi sebiji pil.
“Ini kerana
steroid dengan mudah boleh didapati serta diseludup daripada pembekal luar dan
kementerian perlu sentiasa memantau perkembangan tersebut dan mengenakan
tindakan terhadap pengusaha yang degil mematuhi arahan,” ujarnya.
Sementara itu,
Presiden Lembaga Pelindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk
Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, penekanan lebih serius perlu dilakukan
demi memastikan masyarakat tidak tertipu dengan pengusaha gimnasium yang hanya
memikirkan soal keuntungan.
“Saya tidak
menafikan sesetengah pengusaha gimnasium menggalakkan pengambilan steroid
kepada pengunjungnya bagi mendapat maklum balas positif serta demi menjaga nama
baik pengusahanya tanpa menerangkan kesan pengambilan tersebut dalam jangka
masa panjang,” katanya.
“Masyarakat
diminta lebih peka terhadap label pada botol ubat serta tidak menerima cadangan
untuk mengambil mana-mana ubat tanpa mendapat nasihat daripada doktor atau
pakar,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_08/Rakyat-perlu-dididik,-beri-pendedahan–bahaya-guna-steroid#ixzz2Z0HQqAwN © Utusan Melayu (M)
Bhd