Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
827) MUKA HADAPAN UTUSAN MALAYSIA 13/7/13-USIR DUTA VATICAN
14 Jul 2013

KUALA LUMPUR 12
Julai – Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan
mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong
penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.
Pertubuhan itu dalam
kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana
beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.
“Tindakan
biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau
di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih
licik.
“Seharusnya
duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara
tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai
duta dan berniat jahat,” kata kenyataan itu.
Pertubuhan tersebut
mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam termasuk Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Masyarakat Malaysia (Muafakat), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda
Malaysia, Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Pertubuhan Pemikir
Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) dan Pewaris Bangsa (ProWaris).
Dalam wawancara
pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini semalam, Marino menyokong
pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah
oleh penganut Kristian di negara ini.
Marino memuji
hujah-hujah dikemukakan Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan
perkataan ‘Allah’ dalam teks dirujuk kepada tuhan.
Walaupun isu itu
masih belum diputuskan di mahkamah selain menjadi isu dalaman di negara ini,
Marino tetap menyifatkan hujah-hujah yang dikemukakan sebagai agak logik dan
boleh diterima.
Dalam pada itu,
pertubuhan itu berkata, mereka bimbang jika perbuatan di luar batasan
diplomatik tersebut tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian
Luar maka sehingga menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk
mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara
ini.
Tegasnya, Marino
sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus
Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada
penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam.
Sehubungan itu kata
pertubuhan berkenaan, perbuatan biadab mencampuri urusan negara ini yang
dilihat begitu sensitif yang boleh merosakkan perhubungan kaum di negara ini
harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kompromi sebelum nasi menjadi
bubur.
“Kami juga
khuatir apa yang dilakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di
negara ini yang tidak mustahil akan mengambil tindakan undang-undang sendiri
yang boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin serta kemakmuran negara
ini dengan berbangkitnya isu-isu keagamaan seperti ini.
“Sehubungan itu
kami, mendesak Kementerian Luar mengecam kenyataan Marino tersebut bagi
menandakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. Gabungan NGO Islam-Melayu
akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis mengenai tingkah laku dan
kenyataan biadab duta beliau,” tegas kenyataan tersebut.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_01/Usir-Duta-Vatican-City#ixzz2Z0JiG7OM
© Utusan Melayu (M)
Bhd