Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
829) BERITA MINGGU 14/7/13-Desak usir Duta Vatican
14 Jul 2013

Byline / Author:
Oleh Haspaizi Mohd Zain
Kuala Lumpur:
Gabungan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Islam semalam terus menyuarakan
bantahan dan mendesak kerajaan supaya mengusir Duta Vatican ke Malaysia,
Archbishop Joseph Marino serta menutup pejabat kedutaan itu di negara ini.
Ia susulan tindakan
pegawai diplomatik itu menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain di
negara ini yang disifatkan bukan saja mencampuri urusan pentadbiran negara ini,
malah menghina umat Islam, apatah lagi ketika menyambut ketibaan Ramadan.
Pengerusi Yayasan
Nassar Foundation, Nasharudin Mat Isa, berkata tindakan duta terbabit
mengeluarkan kenyataan kontroversi itu pada bulan mulia ini dilihat sebagai
satu rancangan sudah diatur, selain dipercayai didalangi pihak tertentu.
Nasharudin yang
mewakili gabungan NGO itu juga mahu pemimpin DAP, Teresa Kok supaya tampil
menjelaskan hubungan baiknya dengan Archbishop Joseph serta meminta beliau
menasihati Duta Vatican itu supaya menghormati kedudukan Islam di negara ini.
“Kami, NGO dan
institusi Islam di negara ini bersedia untuk mendidik Duta Vatican mengenai
profil masyarakat majmuk negara ini, jangan samakan senario dan pengalaman
beliau di Bangladesh sebagai rujukan untuk Malaysia.
Beri kata dua
“Semua NGO
menuntut Menteri Luar supaya memanggil Duta Vatican itu dan memberi kata dua,
tarik balik kenyataan atau dihalau balik ke Vatican, inilah prinsip diplomatik
yang dipegang oleh semua negara berteduh di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
“Malaysia
adalah sebuah negara Islam yang dikagumi, walaupun umat Islam hanya 54 peratus,
namun agama Islam berada pada kedudukan tinggi dan mungkin ini kurang disenangi
pihak tertentu. Apa yang kami bangkitkan ini adalah isu ummah, isu akidah dan
isu syarak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Akhbar semalam
melaporkan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Mohamed Ali dan
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mengecam
kenyataan Duta Vatican itu serta menuntutnya menarik balik kenyataan berkenaan
dalam tempoh seminggu.
Sementara itu,
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib berkata, polemik
berhubung kalimah Allah itu tercetus apabila dibangkitkan pembangkang, selain
keterbukaan PAS dan PKR dalam menerima budaya agama lain.

“Situasi ini
berlaku kerana tindakan awal pembangkang yang begitu terbuka menerima budaya
agama lain, misalannya seperti budaya menyalakan lilin, selain Teresa Kok yang
secara terangan di mahkamah menolak Islam sebagai agama rasmi negara ini,”
katanya.