Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
830) BERITA ABN NEWS :Elak pembaziran, utamakan kesihatan di bulan Ramadan
14 Jul 2013

Oleh: Yuogawathy
Veeranan (yuogawathy@abnxcess.com)
KUALA LUMPUR – Umat
Islam perlu mengamalkan kesederhanaan dan cara pemakanan sihat pada bulan
Ramadan.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan ketika ditemui ABN News
menegaskan, langkah itu penting bagi mengelak pembaziran yang sering berlaku
pada tahun-tahun sebelum ini.
“Kalau boleh amalkan
makan buah kurma sewaktu berbuka dan tidak perlu berbelanja terlalu besar
membeli makanan.
“Sikap bersederhana
yang diamalkan semasa Ramadan akan membantu mengurangkan risiko kesihatan,”
katanya.
Nadzim juga
memaklumkan bahawa amalan berbuka puasa di hotel memang menyeronokkan namun
umat Islam perlu berfikir panjang sebelum melakukannya.
Ini kerana ia
memakan belanja yang terlalu besar untuk seseorang menjamah makanan yang hanya
sedikit.
Justeru beliau
menasihatkan agar amalan itu perlu dielakkan kerana ia juga dianggap membazir
wang ringgit.
Beliau juga pada
masa sama mengingatkan pengguna supaya mengutamakan kebersihan.
“Orang tidak berapa
kisah sebab bagi mereka yang penting makanan mesti sedap, kalau ada lalat pada
makanan itu pun dia tidak kisah.
“Pada saya itu satu
amalan yang tidak baik. Kita kena menjaga kesihatan dan  menjaga kebersihan,” ujar beliau.
Dalam pada itu,
Nadzim juga berkongsi pandangan mengenai tips menjaga kesihatan kepada orang
ramai.
“Kesihatan ini
datang dari perut kita. Kalau makan banyak memang sukar untuk kita menjaga
kesihatan.
“Jadi saya ingin
sarankan semua di luar sana supaya makan untuk hidup bukan hidup untuk makan,”
katanyta lagi.