Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
849) HARIAN METRO 260713- Bersatu hati beri sokongan, bukan tekanan
29 Jul 2013

Kuala Lumpur:
“Sepatutnya kita perlu menjadi tulang belakang menyokong dia (guru besar)
ketika dalam keadaan ditekan pelbagai pihak. Ini tidak, sampai ke tahap terima
ugutan bunuh pun masih ada orang Islam menuding jari menyalahkannya.
“Inilah masanya
kita perlu bersatu hati, menyatakan pendirian kita dalam isu berkaitan agama.
Yang penting ialah tindakan kepada penyebar fitnah ini yang sengaja mencetuskan
isu tanpa mendapatkan gambaran jelas terlebih dulu,” kata Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Beliau berkata
demikian ketika mengulas mengenai penyebaran fitnah di laman sosial mengenai
murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, Sungai Buloh, dekat sini yang
diarah makan di bilik persalinan menggantikan kantin.
“Saya berasa
sedih apabila difahamkan, beliau berkemungkinan akan ditukarkan kerana kes itu.
Walau apapun, guru besar berkenaan cikgu Mohamad Nasir Mohd Noor, kami sentiasa
di belakang anda,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, sebagai
sebuah pertubuhan bukan kerajaan dalam Gabungan NGO Islam, pihaknya menggesa
agar tindakan sewajarnya diambil tanpa mengenakan hukuman kepada guru besar
terbabit yang menjadi ‘mangsa’ dalam kes itu.
Menurutnya, sejak
akhir-akhir ini, sentimen membabitkan agama menjadi begitu serius apabila
menjadikan golongan tertentu sebagai sasaran, dengan sebelah pihak lagi
dibiarkan memberi pandangan walaupun tidak menggambarkan keseluruhan situasi.
“Ini kita
bimbang. Jika dibiarkan berterusan, akan mencetus keadaan huru hara kerana
semakin ramai yang tidak berpuas hati, sedangkan kejadian makan di bilik
persalinan bukan berlaku pada bulan puasa ini, tetapi sejak Mac lalu.
Sementara itu,
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali ketika
dihubungi berkata, insiden murid SK Seri Pristana tidak harus dijadikan isu.
Malah, sesetengah
pihak juga dilihat sengaja menimbulkan isu berkenaan pada bulan puasa sekali
gus menimbulkan pandangan negatif dan menghina Islam.

Ketika diminta
mengulas mengenai guru besar sekolah berkenaan yang menerima ugutan bunuh,
Ibrahim berkata polis perlu memberi perlindungan dan yakin pihak terbabit akan
melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.