Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
850) HARIAN METRO 26/7/13-Sebaran dakyah watak kartun
29 Jul 2013

Kuala Lumpur:
Karakter kartun Naruto yang saban hari ditayangkan di kaca televisyen tanpa
disedari turut digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan dakyah
tertentu yang boleh menggugat akidah umat Islam.
Berharga hanya
RM9.90 senaskhah, buku itu mengandungi kisah perwira kanak-kanak yang
menggunakan pedang berbentuk simbol agama, mampu mengundang kekeliruan
terutamanya mereka di bawah umur sekali gus menjejaskan akidah.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, buku
berkenaan turut didatangkan bersama permainan lain termasuk pedang berkenaan
yang disukai kanak-kanak kerana ia digunakan hero animasi terbabit.
Katanya, dalam aduan
terbaru diterima, seorang ibu dan bapa di Kedah terperanjat apabila mendapati
anaknya begitu asyik mengucup mainan berkenaan yang baru dibeli sebelum
menyedari wujud persamaan antara objek itu dengan simbol agama lain.
“Selepas
disemak, pengadu mendapati anaknya turut membeli buku yang dijual berasingan
menunjukkan kekuasaan pedang terbabit sehinggakan begitu taasub untuk bermain
pedang sama seperti watak kartun Naruto sehinggakan percaya ada kuasa tertentu
padanya.
“Semakan kita
di beberapa negeri mendapati, ia dijual secara terbuka di kedai dan pasar mini.
Jika ini tidak diawasi, ia mungkin akan mempengaruhi minda kanak-kanak yang
mungkin percaya ada kuasa lain selain Allah SWT,” katanya kepada Harian
Metro semalam.
Nadzim berkata,
permainan berkenaan dijual pada harga RM3.50 setiap set dan ia disertakan
dengan pedang ‘kuasa’ serta sebentuk cincin selain hujung pedang mempunyai
bentuk seolah-olah ‘ekor syaitan’ seperti yang dipaparkan di dalam kartun dari
barat.
Menurut Nadzim,
siasatan awal PPIM turut mendapati, ia sudah berada di dalam pasaran sejak
tahun lalu dan diminati kanak-kanak kerana rancangan kartun berkenaan turut
mendapat tempat di hati penonton siaran televisyen tempatan.
“Justeru, kita
berharap ibu bapa lebih berhati-hati dengan kewujudan permainan seperti ini
kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi mengenai agama. Tambahan pula,
dalam keadaan sekarang, Islam terus diasak dari pelbagai sudut dan kita tidak
boleh alpa sama sekali.

“PPIM akan
membawa perkara ini kepada pihak berkuasa dengan jabatan agama Islam di setiap
negeri sudah pun dimaklumkan mengenainya,” katanya.