Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
851) HARIAN METRO ISU PROJEK TUTUP MASJID 27/7/13-Selesai awal elak `barah’
29 Jul 2013


Kuala Lumpur: Masalah
seperti ini perlu diselesaikan di peringkat awal dan jangan biarkan ia menjadi
besar dan akhirnya sukar ditangani.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat
demikian berhubung cadangan pembangunan kawasan komersial di lot 58688 dan
58689 bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan.
“Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu meneliti semula proses dan pelan
pembangunan di kawasan tersebut. Ini termasuklah mengambil kira pandangan
masyarakat sekitar serta melanjutkan tempoh bagi bantahan awam bagi memastikan
projek itu benar-benar sesuai dan mengikut kehendak semua pihak tanpa melanggar
nilai norma dan agama.
“Walaupun
pemilik tanah berhak memajukan tanah mengikut kehendak mereka, tetapi mereka
harus sedar bahawa masjid dan penduduk lebih awal berada di kawasan itu.
“Justeru semua
pihak yang menjadi komuniti di situ perlu diberi peluang sewajarnya bagi
memberi pandangan yang relevan berhubung sebarang pembangunan yang akan
dilakukan di kawasan sekitar mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau juga tidak
menolak mungkin berlakunya salah faham dan pertikaian pada masa akan datang,
terutama membabitkan agama.
“Perkara
seperti ini sudah banyak berlaku di tempat lain yang mana banyak pihak
mempertikaikan azan serta ceramah agama yang dianggap mengganggu kehidupan
mereka.
“Ibarat barah,
DBKL perlu menangani masalah ini di peringkat awal dan jangan biarkan ia
melarat dan besar kerana ketika itu sudah tentu sukar untuk mengatasinya.
“Selain itu,
DBKL juga perlu meneliti jenis pembangunan yang ingin dilakukan di kawasan
tersebut agar ia tidak mencemarkan institusi agama dan masyarakat.
“Sudah berlaku
di beberapa kawasan seperti Bangsar yang mana pusat komersial dibina
berhampiran masjid yang akhirnya mencemarkan imej institusi keagamaan,”
katanya.
Secara peribadi,
Nadzim melihat kawasan tersebut tidak sesuai untuk pembangunan komersial kerana
ia juga boleh menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.
“Kewujudan
pusat komersial pasti akan menarik orang ramai untuk datang ke tempat tersebut.
Ini menyebabkan pertambahan bilangan kenderaan sehingga menyebabkan kawasan
tersebut sesak.
“Bagaimanapun
kesesakan jalan raya di situ sering berlaku terutamanya ketika hari Jumaat
memandangkan ramai yang datang untuk bersembahyang di masjid Wilayah
Persekutuan,” katanya.

Rabu lalu, akhbar
ini melaporkan mengenai bantahan penduduk Hartamas Height berhubung cadangan
pembangunan komersial bersebelahan Masjid Wilayah Persekutuan yang dianggap
boleh mencemar kesucian institusi keagamaan.