Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
852) UTUSAN MALAYSIA 270713-Hotel Corus nafi larang pekerja pakai tudung
29 Jul 2013

KUALA LUMPUR 26
Julai – Pihak pengurusan Hotel Corus Kuala Lumpur menafikan dakwaan kononnya
mereka melarang pekerja wanita Islam memakai tudung di tempat kerja.
Naib Presidennya,
Raymond Yeoh berkata, hakikatnya ramai pekerja wanita di hotel itu yang memakai
tudung semasa bekerja.
“Kami ingin
menegaskan bahawa kami sentiasa diingatkan supaya sentiasa menghormati
sensitiviti semua agama di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Utusan Malaysia hari
ini melaporkan kekesalan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima
banyak aduan mengenai larangan memakai tudung oleh pengurusan Hotel Corus Kuala
Lumpur terhadap pekerja wanita beragama Islam.
Ketua Aktivis PPIM,
Datuk Nadzim Johan turut mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah
menarik balik sijil halal hotel tersebut kerana mendapati mereka mendapatkan
bekalan daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal.
Mengulas mengenai
penarikan sijil halal itu, Raymond menjelaskan, pihaknya mempunyai sijil halal
yang sah sehingga 15 Mei 2014 yang dikeluarkan oleh Jakim.
Bagaimanapun,
katanya, sijil halal itu dibatalkan kerana salah satu daripada pembekal yang
membekalkan daging ayam kepada hotel tersebut hanya mempunyai sijil halal
daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan bukannya daripada
Jakim.
“Pihak kami
telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki keadaan dengan bertukar
kepada pembekal bekalan daging ayam yang baharu.
“Tambahan pula,
hotel ini telah menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh Jakim pada bulan
lalu dan sedang menunggu sijil halal yang baharu daripada Jakim,” katanya.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130727/dn_18/Hotel-Corus-nafi-larang-pekerja–pakai-tudung#ixzz2aQf6Tuj8 © Utusan Melayu (M)
Bhd