Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
864) HARIAN METRO 16/8/13-Sijil halal tidak babit semua produk
25 Aug 2013

Headline: Sijil
halal tidak babit semua produk
Kuala Lumpur:
Kerajaan masih belum dapat mengatasi isu halal secara menyeluruh kerana
pendaftaran sijil halal tidak diwajibkan bagi barangan keperluan membabitkan
pakaian dan perkakas dapur seperti pinggan mangkuk buat masa ini sekali gus
membataskan siasatan pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).
Pengarah Bahagian
Hub Halal JAKIM Hakimah Yusoff berkata, setakat ini tiada undang-undang bagi
mengawal penjualan barangan keperluan secara dalam talian dan ia tertakluk
kepada tanggungjawab pengedar dan penjual barangan terbabit.
Beliau berkata
demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berhubung kebarangkalian penjualan produk
kulit babi dan pinggan daripada tulang haiwan secara dalam talian kelmarin.
“Tiada halangan
bagi peniaga untuk menjual barangan mereka cuma jika mereka menyalahgunakan
logo halal JAKIM, barulah tindakan dikenakan terhadap mereka.
“Adalah menjadi
tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai barang
yang hendak dibeli dan jika timbul keraguan mereka boleh berhubung dengan
JAKIM,” katanya.

Namun katanya, JAKIM
menggalakkan pengusaha melabelkan bahan yang terkandung khususnya produk tidak
halal supaya tidak mengelirukan pengguna Islam.