Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
869) BERITA HARIAN 21/8/13: Ambil tindakan tegas
25 Aug 2013

Kuala Lumpur:
Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memuatnaik
video berunsur hasutan dalam laman YouTube yang mencadangkan sistem Kesultanan
Melayu dihapuskan secara berperingkat menjelang 2030 dan digantikan dengan
negara republik.
Video tiga minit itu
memaparkan lelaki menamakan dirinya Ustaz Wan Ji bercita-cita menjadikan
Malaysia sebagai negara republik dengan perancangan bermula 2011 sehingga 2030
dan dimuat naik sejak Jun lalu.
Pengerusi Lembaga
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tengku Azwil Tengku Abdul
Razak, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil tindakan segera
kerana perbuatan itu mengkhianati Perlembagaan.
Derhaka kepada
negara
“Ia jelas
menderhaka kepada negara kerana seluruh rakyat tidak mengira bangsa mengakui
dan mengiktiraf sistem kesultanan sedia ada. Dia juga kurang ajar kerana
menyamakan kedudukan Raja Melayu seperti babi,” katanya selepas membuat
laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.
Beliau juga berkata,
tindakan itu dikhuatiri menggugat pemahaman di kalangan generasi muda yang
belum memahami sepenuhnya Perlembagaan Negara.
Sementara itu, Ahli
Komuniti Pemuda MCA, Chong Sin Wee, berkata isu itu perlu dipandang serius
kerana ia mencabar kedaulatan dan kedudukan Raja-raja Melayu.
“Siasatan perlu
dijalankan segera kerana khuatir ada ‘tangan ghaib’ yang mendalangi individu
itu bagi menjatuhkan institusi beraja negara,” katanya.
Antara lain dalam
rakaman itu, Ustaz Wan Ji juga cuba mempengaruhi rakyat dengan menganggap
Sultan sebagai syaitan. Dia juga menyatakan pada 2012 hingga 2013 akan ada
rakyat ditangkap dan seorang daripada mereka adalah dirinya sendiri.
Sementara itu,
ketika dihubungi, lelaki itu enggan mengulas lanjut dan akan mengeluarkan
kenyataan mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu
jurucakap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata,
pihaknya belum menerima laporan mengenai video berkenaan dan akan melakukan
siasatan bersama agensi yang terbabit sebaik menerima laporan.