Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
873) HARIAN METRO 28/8/13-Sindiket dinar Iraq kembali cari mangsa
28 Aug 2013

Kuala Lumpur:
Selepas kali terakhir dikesan cuba menjerat mangsa Februari tahun lalu,
sindiket antarabangsa menawarkan dinar Iraq dikesan kembali aktif, menawarkan
skim pelaburan cara mudah bagi mendapatkan keuntungan segera menggunakan modal
orang ramai.
Kembali diiklankan
dalam laman sosial, mata wang didakwa diiktiraf di peringkat dunia itu
dikatakan menggantikan dinar yang digunakan ketika pemerintahan bekas Presiden
Saddam Hussein satu ketika dulu.
Beberapa pautan
berkaitan turut disertakan di dalam laman web berkenaan untuk memujuk mereka
yang mudah ‘gelap mata’ dan ingin mengecapi kesenangan dalam tempoh singkat
termasuk testimoni kejayaan individu tertentu sebelum ini.
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya
menerima aduan terbaru mengenai kegiatan itu baru-baru ini selepas pengadu
ternampak pautan berkenaan di dalam Facebook.
Katanya, seperti
mana modus operandi sebelum ini, sindiket turut menunjukkan nilai tukaran
tertentu dengan jangkaan ia akan meningkat pada masa akan datang ekoran keadaan
semasa di Iraq yang semakin pulih selepas krisis tujuh tahun lalu.
“Hasil
penelitian kita juga mendapati pemilik web itu turut meyakinkan mangsa betapa mereka
akan beroleh kesenangan dalam masa singkat,” katanya.
“Sebelum ini,
Harian Metro melaporkan dengan modal serendah RM1,775, pelabur skim dinar ini
mampu menjana pendapatan lebih 200 kali ganda bergantung situasi semasa.

Nadzim berkata,
sindiket ini mencetak mata wang dikenali Dinar Iraq sebanyak mungkin dan
menyebarkan teori nilainya akan naik, namun semuanya hanya membabitkan
transaksi menggunakan dokumen kosong.