Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
884) BERITA HARIAN 4/9/13-Harga petroleum kita paling murah berbanding negara jiran
05 Sep 2013

Kuala Lumpur: Harga runcit bahan petroleum Malaysia
masih paling murah berbanding negara jiran, meskipun selepas kenaikan harga
sebanyak 20 sen yang diumumkan, kelmarin.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan,
berkata harga diesel di Thailand ialah RM3.06 seliter dan petrol RON95 RM4.74;
diikuti Singapura (RM4.32 dan RM5.56); Indonesia (RM3.43 dan RM3.05); dan
Filipina (RM4.32 dan RM5.44 (RON93).
“Harga diesel dan petrol RON95 tempatan pula
masing-masing di bawah paras RM3 seliter iaitu hanya RM2.00 dan RM2.10 seliter,
kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Beliau turut memetik kajian Bloomberg bertajuk
`Harga Bahan Api Tertinggi dan Terendah Mengikut Negara’ yang menyatakan
Malaysia berada pada kedudukan kelapan selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait,
Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Iran dan Nigeria, dalam menawarkan harga
terendah.
Mohon subsidi
Kajian yang dijalankan pada Februari 2013 itu turut
melihat Malaysia berada di hadapan berbanding Mexico, Amerika Syarikat, Russia,
Indonesia, Pakistan dan Thailand.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, berikutan kenaikan harga
diesel dan petrol RON95, kerajaan perlu menubuhkan mekanisme baru bagi membantu
golongan kurang berkemampuan.
“Caranya ialah hanya pengguna tertentu boleh
memohon subsidi bahan api daripada kerajaan yang secara tidak langsung dapat
membantu mereka. “Dengan cara ini, golongan berpendapatan rendah tidak
disisihkan, sebaliknya mempunyai pilihan untuk mendapatkan subsidi sekiranya
diperlukan,” katanya.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia
(PMBOA), Datuk Ashfar Ali berkata, kerajaan diminta meningkatkan kuota subsidi
diesel kepada pengusaha bas ekspres bagi mengelakkan mereka gulung tikar.
“Jumlah kuota yang diterima sebulan bagi
pengusaha berjumlah 2,800 seliter dan kita memohon ia dinaikkan kepada 5,000
liter sebulan bagi menampung kos operasi,” katanya.

Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Islam
Malaysia, Bazeer Ahmad berkata, pihaknya tidak akan menaikkan harga barangan
jika tiada kenaikan oleh pengimport, pekilang dan pengedar.