Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
888) RAKYAT NEWS 4/9/13: PPIM Anjur Forum Pengguna 5 dan 6 Oktober Ini
05 Sep 2013

KUALA LUMPUR 4 Sep- Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) akan mengadakan Forum Pengguna 2013 bersempena dengan Festival
Halal 2013 (Halalfest 2013) pada 5 dan 6 Oktober ini di Dewan Bestari
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Kota.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, forum
yang kali ketiga diadakan sejak 20122 ini akan mendapat usahasama daripada
pihak Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) bagi mendapat pandangan professional dari
para tenaga kerja universiti itu.
“Sudah tiba masanya kita bergerak secara
professional dengan melakukan kerjasama dengan pihak UNIKL dan kita menjangka
forum kali ini lebih panas dari forum sebelum ini,” katanya kepada
pemberita pada sidang media pelancaran Forum Pengguna 2013 di UNIKL Kampus Kota
di sini, hari ini.
Nadzim menjelaskan, pensijilan halal kepada para
peniaga bukan islam di seluruh Malaysia akan menjadi isu utama pada forum kali
ini.
Katanya, pelbagai isu-isu panas yang membelenggu
pengguna-pengguna di Malaysia akan turut dibincangkan dan wakil daripada
organisasi-organisasi yang terlibat akan dipanggil untuk menyertai forum
tersebut.
“Terdapat beberapa aduan tentang polisi
pemberian sijil halal kepada peniaga bukan Islam yang perlu dikaji bagi
memastikan langkah ini memberi manfaat kepada semua pihak.
“Beberapa isu kepenggunaan akan turut
dibincangkan berkaitan keberkesanan pengurusan pegawai kerajaan, syarikat milik
kerajaan (GLC), perbankan Islam dan yang melibatkan pelbagai agensi seperti Air
Asia,” katanya.
Sempena forum itu juga beberapa anugerah khas akan
diberikan kepada organisasi-organisasi yang dilihat prihatin dalam membantu
pengguna-pengguna yang ditindas.

Festival Halal 2013 (Halalfest 2013) akan
berlangsung 2 hingga 6 Oktober ini.
Sumber: