Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
894) HARIAN METRO 6/9/13 :TIADA ADUAN KENAIKAN HARGA BARANG
06 Sep 2013

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) belum menerima aduan mengenai kenaikan harga barang secara rasmi
berikutan kenaikan harga minyak, Selasa lalu.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata,
ketika ini pihaknya hanya menerima aduan tidak bertulis daripada pengadu
mengenainya terutama barangan keperluan harian, namun masih dalam proses
mendapatkan butiran lanjut.
Katanya, PPIM dihubungi seorang pengadu dari ibu
negara, petang semalam memaklumkan terdapat kenaikan barangan susulan harga
minyak petrol RON95 dan diesel yang naik 20 sen seperti diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Sekretariat kita sedang kumpul maklumat
lanjut sebelum mengambil tindakan susulan. Ia penting untuk kita mengadakan
semakan awal sebelum merujuk kes berkenaan kepada kementerian bertanggungjawab.
Kita difahamkan, peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.
“Setakat ini, aduan diterima menerusi telefon
dan ia masih belum lengkap untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Kita
sedang menunggu pengadu tampil dengan aduan rasmi,” katanya kepada Harian
Metro semalam.

Nadzim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat
berkaitan boleh menghubungi sekretariat PPIM di talian 0193591000 atau layari
laman web www.muslimconsumer.com.