Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
895) DARI BLOG LAIN: JANGAN AMBIL PANADOL ACTIFAST ATAU SOLUBLE LAGI!
06 Sep 2013

Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau
Soluble lagi? Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan, ikuti lanjut
informasi ini di bawah.
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang
mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah
hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk
pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya,
apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol
atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau
mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh
kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal
di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah
berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid
kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur
30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap
bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala
disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan
membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman
pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati
ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi
air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin
banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.
Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita
semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan
zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui
proses beranak melalui pembedahan.
Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau
Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan
memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat
yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi
dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah
memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut

anda.
BAHAN RUJUKAN TAMBAHAN
KOMEN PPIM: Amalkan pengambilan makanan sunnah sebagai penawar penyakit.