Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
906) UTUSAN MALAYSIA 17/9/13 : Wujudkan direktori produk, perkhidmatan bumiputera
27 Sep 2013

KUALA LUMPUR 16
Sept. – Kerajaan disaran mewujudkan sebuah direktori bagi semua produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan syarikat bumiputera sebagai sokongan kepada
pelaksanaan inisiatif Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata,
direktori itu boleh diwujudkan menerusi medium sosial atau secara pengiklanan
di televisyen dan radio dalam mewujudkan jaringan kerjasama antara usahawan
bumiputera dengan lebih berkesan.
“Dalam masa
sama, semua pihak termasuk pemimpin di sektor awam dan swasta hendaklah
menzahirkan sokongan terhadap agenda nasional ini dengan menggunakan produk
bumiputera secara meluas di pejabat atau dalam penganjuran program
mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas
inisiatif meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu menerusi Majlis
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak kelmarin.
Dalam pada itu,
Maamor menggesa institusi perbankan turut menyokong agenda nasional menerusi
inisiatif tersebut dengan membantu usahawan-usahawan bumiputera yang memerlukan
modal memulakan perniagaan.
Sementara itu,
Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad
berkata, usahawan bumiputera perlu serius mengambil peluang menerusi inisiatif
tersebut dalam memastikan mereka mampu bersaing dalam sektor ekonomi.
“Menyahut
cabaran itu bukan kerana mereka adalah usahawan, tetapi sebagai tanggungjawab
meningkatkan ekonomi Melayu kerana jika ekonomi kaum majoriti ini tidak menentu
negara boleh menjadi kucar-kacir,” katanya.
Dalam pada itu,
Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Hassan Hamzah berharap
usahawan bumiputera yang pernah gagal sebelum ini tidak diketepikan dalam agenda
Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tersebut.
“Kegagalan
tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk usahawan-usahawan ini diberikan
peluang kedua atau seterusnya kerana kegagalan itulah yang mampu membentuk
mereka menjadi lebih berjaya dan cemerlang,” katanya.
Sementara itu,
Presiden Barisan Bertindak Ber-Hak Bumiputera Malaysia (Ber-Hak), Datuk Baharom
Abdul Ghani mencadangkan kuota bumiputera yang disyaratkan kepada pemaju
hartanah swasta mesti dimiliki sepenuhnya kaum itu.
Ke arah itu, kata
beliau, Kerajaan Pusat perlu peruntukan tahunan kepada agensi seperti UDA
Corporation dan Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membeli
hartanah yang tidak terjual kepada bumiputera.
“Ini bagi
membolehkan hartanah tersebut disewakan kepada bumiputera sehingga terdapat
bumiputera yang mampu membelinya dengan cara sewa beli,” katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130917/dn_12/Wujudkan-direktori-produk,-perkhidmatan-bumiputera#ixzz2g70ocC8T © Utusan Melayu (M)
Bhd