Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
936) UTUSAN MALAYSIA 12/10/13-Rakyat dipaksa bayar lebih
05 Nov 2013

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@ututsan.com.my
KOTA BHARU 11 Okt. – Alasan kerajaan Pas Kelantan
menaikkan tarif air sangat tidak relevan berbanding mutu perkhidmatan yang
disalurkan kepada pengguna.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, alasan tersebut tidak
ada justifikasi bagi rakyat dengan sebahagian besarnya masih menerima bekalan
air berkualiti rendah dan tidak konsisten.
“Alasan itu mungkin boleh dianggap munasabah
sekiranya pengguna sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik daripada agensi
pembekalan air negeri ini, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
“Apa yang berlaku, rakyat terus dibelenggu
masalah bekalan air. Bahkan, ada di antara mereka dikatakan terpaksa membayar
caj bil yang tinggi sedangkan penggunaannya tidak seberapa disebabkan air
kotor, tekanan rendah, kadang-kadang tiada langsung,” katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini dilaporkan telah
melakukan pelarasan tarif air melibatkan kenaikan melebihi 30 peratus bagi
menampung kos operasi Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).
Meskipun kenaikan itu mendapat rungutan banyak
pihak, namun kerajaan negeri masih beranggapan kenaikan tersebut terlalu
minimum.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,
Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad berkata, kenaikan tersebut
adalah adil kepada kerajaan setelah beberapa tahun menangguhkannya kerana tidak
mahu membebankan pengguna.
Mengulas lanjut, Mohd. Fared berkata, kerajaan
negeri sepatutnya menyedari masalah bekalan air yang tidak pernah selesai dan
terus membelenggu rakyat sebelum melakukan sesuatu pelarasan tidak membebankan
mana-mana pihak.
Isu air Kelantan melakar episod baharu apabila
bekas Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mendakwa AKSB gagal
meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama
telah dinaik taraf.
Beliau mengambil contoh loji rawatan air Pintu Geng
melibatkan kos RM52 juta dengan sasaran pengeluaran air sebanyak 30 juta liter
sehari, namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 juta liter sehari.
AKSB turut membelanjakan RM130 juta setakat Julai
tahun ini untuk mengurangkan kebocoran air, namun kadar air tanpa hasil masih
52 peratus, sekali gus menunjukkan kegagalan projek tersebut.
Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20131012/wt_01/Rakyat-dipaksa-bayar-lebih#ixzz2jl48e55J © Utusan Melayu (M) Bhd