Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
945) RAKYAT NEWS 23/10/13-SPNB Harap Bina lebih Banyak Rumah Mampu Milik
05 Nov 2013

KUALA LUMPUR 23 Okt – Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB) berharap kerajaan memberi peluang kepada SPNB membina lebih
banyak rumah mampu milik berharga bawah RM250,000 untuk golongan muda dalam
Bajet 2014.
  
Presiden SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh
berkata, SPNB menerima banyak permintaan daripada rakyat yang memerlukan rumah
mengikut kemampuan kewangan mereka.
   
“SPNB menyasarkan membina 100,000 hingga
200,000 rumah mampu milik di seluruh negara mulai tahun depan.
   
“Bagaimanapun sudah tentu fokus kita adalah
membina rumah mampu milik di luar bandar yang mana kami yakin permintaan
semakin meningkat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program
‘Ruang Bicara’ Bernama TV semalam.
   
Program bertajuk ‘Bajet 2014: Kemiskinan Bandar’ itu
dihoskan Dahlan Maamor dan turut disertai Naib Presiden Persatuan Pedagang dan
Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Sohaimi Shahadan serta Setiausaha
Kerja Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan.
   
Mengenai kemerosotan penawaran rumah mampu milik,
Kamarul berkata berikutan kegawatan ekonomi 1998, pemaju perumahan mengambil
langkah berhati-hati sehingga menyebabkan sektor itu mengalami kelembapan.
   
“Faktor migrasi penduduk, terutama golongan
muda ke bandar juga menyebabkan harga rumah meningkat,” katanya.
   
Beliau menambah, SPNB akan mengadakan kerjasama
dengan kerajaan tempatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk membangunkan
semula pangsapuri atau rumah-rumah lama untuk dijadikan bilik berharga murah
bagi golongan bujang.
   
Katanya bilik-bilik berkenaan akan dijual dalam
lingkungan harga RM5,000-RM10,000 bergantung kepada kemudahan yang disediakan
di tempat kediaman terbabit.
“Usaha ini dapat menangani kos hidup golongan
itu yang baru memulakan kerjaya di kawasan bandar,” ujarnya

Sumber: http://www.rakyatnews.my/index.php/2013102399392/ekonomi/spnb-harap-bina-lebih-banyak-rumah-mampu-milik