Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
958) HARIAN METRO 1/11/13-Boleh dipenjara hingga 10 tahun
05 Nov 2013

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
Putrajaya: Kementerian Kesihatan menegaskan
sebarang pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak terpakai yang diproses
semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983.
Itu kenyataan balas dikeluarkan Kementerian
Kesihatan sebagai reaksi kepada dakwaan dibuat Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) yang mengesan lebih 90 peratus premis makanan di negara ini
menggunakan minyak masak peket yang dikitar semula.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah berkata, mana-mana individu yang melanggar larangan berkenaan boleh
diambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 13, akta berkenaan dan jika
sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak
melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Beliau berkata, kementerian juga menjalankan
beberapa siasatan mengenai dakwaan dibuat dan mendapati 149 premis pembungkusan
minyak masak di negara ini tidak terbabit dalam kegiatan berkenaan.
“Kami memeriksa premis berkenaan dan tidak
mempunyai sebarang bukti mengaitkan mereka terbabit dalam kegiatan pembungkusan
minyak masak kitar semula berkenaan.
“Selain itu, pemeriksaan mengejut terhadap 305
premis makanan juga mendapati semua premis berkenaan menggunakan minyak masak
yang mempunyai label,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini,
semalam.
Katanya, pihaknya juga mengalu-alukan kepada
sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan pengimportan, pengilangan
dan penjualan minyak masak kitar semula boleh berhubung dengan Jabatan
Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan bagi tindakan
selanjutnya.
Harian Metro semalam melaporkan dakwaan Ketua
Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ada premis makanan di negara ini terbabit
dalam kegiatan itu dan menyifatkan ia sebagai satu perbuatan yang boleh
menjejaskan kesihatan pelanggan termasuk mengundang penyakit kanser.
Aktiviti tidak bertangggungjawab itu bukan saja
memberi kesan kesihatan kepada pengguna sebaliknya memberi keuntungan lumayan
terhadap pihak ketiga.

Nadzim berkata, pihaknya dimaklumkan ada pihak
tertentu menggunakan lesen dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
mengutip minyak.