Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
982) UTUSAN MALAYSIA 9/11/13-Tiada kes minyak masak dikitar semula di Perak
12 Nov 2013

SAMSUDIN Abu Hasan (tengah) memeriksa minyak masak ketika mengadakan pemeriksaan sebuah kilang minyak masak di Menglembu, Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 8 Nov. – Minyak
masak yang dijual di negeri ini selamat digunakan dan tidak ada kes bahan itu
dihasilkan daripada minyak masak terpakai, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal
Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan.
Beliau berkata,
pihaknya membuat pemeriksaan di 14 daripada 22 kilang pembungkusan minyak masak
di seluruh negeri ini hari ini dan mendapati tidak berlaku kegiatan tersebut.
Katanya, kilang
tersebut ialah empat di sini, Taiping (lima), Parit Buntar (dua), Teluk Intan
(dua) dan Manjung (satu).
“Kita telah
membuat pemeriksaan secara serentak di 14 kilang membungkus minyak masak di
seluruh negeri ini dan dapati tidak ada kes minyak masak dikitar semula.
“Ini memberikan
keyakinan kepada pengguna di negeri bahawa minyak masak yang ada di pasaran
termasuk di dalam bentuk paket selamat digunakan,” katanya.
Beliau menyatakan
demikian selepas bersama Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan negeri, Mohd. Hilmi Mohd. Noor mengetuai operasi di empat kilang
membungkus minyak masak di sini.
Operasi tersebut
membabitkan seramai 20 pegawai penguat kuasa dari Pejabat Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri; Lembaga Minyak Sawit Malaysia
dan Jabatan Kesihatan negeri.
Menurut Samsudin,
pihaknya memandang serius dakwaan terdapat minyak masak dikitar semula di
pasaran kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Katanya, dakwaan
tersebut juga sekiranya tidak benar, boleh menjejaskan perniagaan semua
pengilang minyak masak.
Beliau berkata,
orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti yang menyalahi Akta
Makanan 1983 itu boleh membuat aduan kepada PPDNKK negeri.
Dalam laporan Utusan
Malaysia pada 31 Oktober lalu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa hampir 90 peratus minyak masak di pasaran
dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20131109/wu_04/Tiada-kes-minyak-masak-dikitar-semula-di-Perak#ixzz2kPf6l9Ks
© Utusan Melayu (M) Bhd