Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
996) BERITA HARIAN 24/11/13: SOALAN SPM BOCOR DISIASAT
26 Nov 2013

Headline: Dakwaan
soalan SPM bocor disiasat
Publication: BM
Date of publication:
Nov 24, 2013
Section heading:
Main Section
Page number: 005
Byline / Author:
Oleh Suzianah Jiffar; Suhaila Shahrul Annuar
Kota Kinabalu:
Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan
kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Ketua Pengarahnya,
Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat
daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan.
“Setiap aduan
yang kita terima akan diberi perhatian termasuk disiasat untuk memastikan
kesahihannya. Saya juga sudah meminta Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan
untuk mendapatkan maklumat agar tindakan segera dapat diambil.
Segera siasat
dakwaan
“Saya
difahamkan persatuan itu sudah membuat laporan polis. Oleh itu, kita akan
menjalankan usaha segera menyiasat perkara itu. Sebenarnya, isu soalan
peperiksaan bocor sudah lama tidak berlaku selepas terakhir dihebohkan akhir
1990-an,” katanya.
Beliau berkata
demikian pada sidang media selepas merasmikan sesi perjumpaan dengan pegawai
program ‘School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement
Specialist Coaches (SISC) plus’ di sini, semalam.
Kelmarin, PPIM
menerima aduan tiga individu, Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd
Rizuan Abd Rashid mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi
peperiksaan SPM tahun ini bocor.
Abdul Ghafar
berkata, soalan SPM dicetak di United Kingdom dan perjalanan ke negara ini
dikawal rapi dengan bantuan polis untuk mengiringi soalan berkenaan.
LP ambil tindakan
Sementara itu,
Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataannya semalam, berkata pihaknya sedang
menjalankan siasatan mengenai aduan itu dan akan mengambil tindakan segera
selepas siasatan lengkap dijalankan.
“Sebagai sebuah
institusi awam yang tertakluk mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), LP
bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia.
“LP sentiasa
memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi
arahan keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan
itu, LP juga sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas
peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh
integriti.