Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
[ADUAN] : PENGUSUNG JENAZAH DIJADIKAN TANDA “NO PARKING” DI PEJABAT JAWI KL?
08 Aug 2015

8 JULAI 2015 – Penulis menerima beberapa keping gambar ‘keranda misteri’ (pembawa jenazah) melalui aplikasi ‘Whatsapp’ pagi tadi, Menurut maklumat, pembawa jenazah tersebut sengaja ditinggalkan di ruangan parkir oleh pemilik (pemandu van jenazah) untuk dijadikan sebagai pengganti tanda “Dilarang Parking Disini”.

Malah ia turut dikongsikan melalui beberapa laman Facebook. 

Difahamkan, ruangan parkir yang terhad di  Kompleks Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tasik Perdana, Kuala Lumpur menjadi punca perkara ini berlaku. Ini kerana terdapat segelintir kakitangan yang menjadikan ruangan parkir seperti hak hakiki kerana tidak mahu dan jemu berebut parkir sesama kakitangan.
Pada pendapat penulis sebagai kakitangan yang berkhidmat dalam agensi pejabat agama seperti JAWI, tidak patut perkara berlaku kerana tidak menyedapkan mata memandang.

Ia dilihat seperti tidak sensitif kerana pengusung jenazah orang Islam diletakkan semata-mata mahu memastikan ruangan tersebut tidak diambil oleh lain.

Padahal bahagian tepi yang diletakkan dengan kon boleh digunakan untuk orang ramai yang mempunyai urusan di pejabat JAWI meletakkan kenderaan mereka.

Asalkan ada pengawal keselamatan atau anggota RELA yang menguruskan laluan tersebut bagi memastikan kenderaan yang diparkir di tepi laluan berkenaan tidak menghalangi kenderaan lain.

Justeru, penulis sekadar memanjangkan aduan dan rungutan daripada masyarakat yang berurusan di JAWI di mana da yang mendakwa mereka perlu berjalan sejauh 400 meter untuk berurusan dengan pihak JAWI.

memandangkan kami di pihak PPIM mempunyai hubungan baik dengan kakitangan JAWI melalui kerjasama Ops Bah yang dianjurkan DBK, kami sekadar memanjangkan rungutan ini agar diberi perhatian oleh pihak pengurusan pejabat JAWI.

Diharap, pihak JAWI peka dengan rungutan yang dibuat oleh masyarakat.

ANTARA GAMBAR YANG DIHANTAR