Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ANDA MANGSA AHLONG?
20 Jul 2016

Ahlong Musuh Masyarakat!

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan PPIM telah berjaya menyelesaikan ratusan aduan Ahlong (Ceti Haram) yang dilaporkan.

Terima kasih kepada pihak KDN, PDRM, KPKT, DBKL, rakan2 NGO dan pada pengguna yang turut memberi kerjasama kepada kami dalam membanteras kegiatan Ahlong.

Walau bagaimanapun, terdapat juga aduan yang tidak berjaya diselesaikan kerana kami tidak menerima kerjasama penuh daripada pengadu. Ada segelintir pengadu yang terus menerus meminjam dari Ahlong atas ketagihan tertentu seperti judi dan dadah.

Untuk makluman semua, PPIM hanya akan membantu mereka yang kali pertama melaporkan aduan Ahlong dengan pihak kami. Bagi pengadu yang mengulangi perbuatan meminjam dari Ahlong, aduan mereka tidak akan dilayan kerana PPIM tidak mahu ada pihak yang merasakan kami menggalakkan pinjaman Ahlong atau merasakan PPIM menyokong tindakan tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah dengan Ahlong, laporkan aduan kepada kami, in shaa Allah kami akan berusaha sebaiknya untuk membantu.

Biro Aduan Ahlong boleh dihubungi ditalian +60 13-307 1999 atau boleh terus hadir ke Ibu Pejabat PPIM di 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur.

Hubungi +60 13-307 1999 untuk menetapkan temu janji.