Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ANALISIS MINGGUAN – UTUSAN ONLINE – 23/07/2017
24 Jul 2017

Screen Shot 2017-07-24 at 10.35.15 AM

Kisah Kabi
Lelaki bernama Kabi dengan gelaran Datuk menjadi perhatian selepas kegiatan penipuan jual beli dan pajakan kereta didedahkan oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Ini ekoran aduan dan maklum balas  daripada orang ramai. Dalam media sosial sentimen kemarahan terhadap Kabi, 38,  meluap-luap apatah lagi dia dikatakan ‘kebal’.

Lebih 50 aduan polis dikatakan telah dibuat ke atasnya namun tiada tindakan diambil sehinggakan ada pihak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pula menyiasat isu tersebut. Buatlah carian maklumat dalam laman sosial, memang kisah jenayah Kabi “menarik” antara lain pernah melarikan diri semasa jaminan mahkamah dan pernah juga dibuang daerah.

Bagaimanapun segala keresahan mengenai Kabi reda apabila Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid mengumumkan penubuhan pasukan khas menyiasat lelaki berkenaan. Awang turut lega.

Dengan sendirinya ia menjawab bahawa Kabi tidaklah kebal dan dilindungi oleh sesiapapun. Kini biarlah polis menjalankan tugas dan bersabarlah menanti hasilnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/analisis-mingguan-23-julai-2017-1.506120#ixzz4niGZELxJ
© Utusan Melayu (M) Bhd