Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BAHANA SAMBUNG BAYAR – HARIAN METRO – 4/9/18
05 Sep 2018

Metro ( Bahana Sambung bayar ) 4.9.18

Kuala Lumpur: Lebih 800 aduan membabitkan isu sambung bayar kenderaan direkodkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak tahun 2016 hingga Julai 2018.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata, lebih 600 aduan mangsa dicatatkan pada 2017 dan 2016 manakala kira-kira 200 aduan diterima sejak Januari hingga Julai lalu.

Menurutnya, angka itu dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berikutan kaedah pembelian kereta melalui sambung bayar kian popular.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu menggubal akta baharu memfokuskan kepada usaha menghalalkan urusan kegiatan itu.

“Kes membabitkan sambung bayar itu terus berleluasa tanpa dikawal oleh pihak penguat kuasa berikutan tiada peruntukan undang-undang berkaitan kegiatan itu.

“Sebagai kerajaan prihatin, saya rasa ada keperluan mendesak untuk mewujudkan satu garis panduan bagi menangani isu berbangkit.

“Ia juga bagi memastikan kedua-kedua pihak, pemilik dan pembeli tidak mengambil kesempatan antara satu sama lain selain menghindarkan isu penipuan,” katanya.

Artikel Oleh : Harian Metro

BAHANA SAMBUNG BAYAR