Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BANTU PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM THAILAND – SINAR HARIAN – 15/10/18
16 Oct 2018

Sinar ( bantu pendidikan anak yatim thailand ) 15.10.18

 

Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Tabai (Ayata) membina pusat dan masjid bagi membantu pendidikan anak-anak yatim sekitar Takbai dan Narathiwat.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, kemudahan bernilai kira-kira RM1 juta itu dibina atas tanah seluas 2.4 hektar.

Beliau turut memuji usaha yang dijalankan Ayata dalam membantu golongan kurang bernasib baik itu dalam meneruskan hidup.

“Saya memuji langkah yang diambil Pengerusi Ayata, Ustaz Nawawi Yunus dan barisan Ahli. Jawatankuasa Ayata kerana berusaha membantu golongan anak yatim ini.

“Penubuhan pusat Ayata ini boleh menjamin masa hadapan anak yatim mendapat tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna.

“NGO Antarabangsa menyokong usaha murni ini, malah ia juga sedang berusaha untuk membantu badan kebajikan ini dan semoga impian Ayata untuk membantu golongan anak yatim ini akan berjaya kelak,” katanya.

Menurutnya, pembinaan pusat itu turut meliputi asrama, kelas pengajian, dewan makan, sebuah masjid dan padang bola.

Beliau turut berharap usaha Ayata itu menjadi contoh kepada semua pihak untuk turut membantu di kawasan lain. “Pusat Ayata itu diharap menjadi contoh di kawasan lain di

Thailand dalam menyediakan dua sesi pengajian iaitu pengajian kurikulum pembelajaran sekolah kerajaan serta pengajian al-Quran dan lain-lain pengajian agama,” katanya.

Sementara itu, Nawawi berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada rakyat Malaysia bagi meneruskan usahanya itu.

Dalam pada itu, pihaknya juga sedang mengumpulkan kos bagi menyiapkan pembinaan masjid di sana.

“Ayata sangat mengalu-alukan sumbangan derma dari Malaysia, kami juga merayu sumbangan derma untuk menyiapkan pembinaan masjid yang melibatkan kos sebanyak RM75,000..

“Setakat ini, projek pembinaan Ayata ini hampir 70 peratus siap. Ayata telah membelanjakan kira-kira RM900,000 untuk pembinaan bangunan dan kemudahan pusat Ayata itu,” katanya.

Katanya, Ayata turut menjual air mineral dan sabun sekitar Takbai, Thailand bagi menampung kos operasi.

“Ayata mempunyai seramai 80 anak yatim terdiri daripada lelaki dan perempuan. Bagi mengutip derma, Ayata menjual air mineral dan sabun di sekitar Takbai (Thailand), hasil kutipan derma itu akan menampung kos operasi Ayata nanti,” katanya.

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

BANTU PENDIDIKAN ANAK-ANAK YATIM THAILAND – SINAR HARIAN