Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK MANGSA GEMPA DAN TSUNAMI KINI MASUK HARI KE-LIMA – PPIM – 18/10/18
19 Oct 2018

 

WhatsApp Image 2018-10-18 at 10.46.32 PM

18 okt 2018, Palu — Bantuan Kemanusiaan untuk mangsa gempa dan tsunami kini masuk hari ke-lima

Sukarelawan Ngo Mapim, PPIM, Sukarelawan Cdert Ohhsem (Angkatan Pertahanan Awam) dan gabungan Ngo Malaysia dan ngo lazis wahdah dari Indonesia membuat lawatan ke kem sementara mangsa gempa bumi aliran bawah tanah dan tsunami yang melanda bandar Palu pada 28 september lalu.
WhatsApp Image 2018-10-18 at 10.46.35 PM

Lokasi pertama ialah di kawasan kobena yang dianggarkan terdapat seramai 785 orang mangsa. Sukarelawan telah membuat program trauma healing (pemulihan trauma) dan program rawatan oleh doktor yang turut serta dalam misi ini.

Sementara itu lokasi kedua mereka ialah di Tenggede, kawasan yang terputus hubungan jalan raya akibat bencana di daerah Petobo.

WhatsApp Image 2018-10-18 at 10.46.37 PMWhatsApp Image 2018-10-18 at 10.46.39 PM

Pengagihan bekalan keperluan asas diagihkan kepada mangsa dan sukarelawan turut mendengar luahan mangsa dan pengalaman mereka sewaktu ditimpa musibah.

Proses agihan keperluan asas ini turut dibantu oleh pihak berkuasa daerah Palu bagi menjamin keselamatan dan melancarkan program ini.

WhatsApp Image 2018-10-19 at 8.16.09 AM WhatsApp Image 2018-10-19 at 8.16.09 AM (1)

WhatsApp Image 2018-10-18 at 10.46.33 PM

Tinjauan kami mendapati mangsa amat berterima kasih kepada sukarelawan dan rakyat Malaysia kerana menyumbang atas dasar keperihatinan.

Pasukan sukarelawan dari Ngo tempatan juga turut sama membantu melancarkan misi tersebut.
Oleh Zulkarnain Abdul Rahman