Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Boy Iman Dicekup Polis – Utusan Malaysia – 4/10/2017
04 Oct 2017

Utusan 4.10.17 (Boy Iman)

 

Utusan 4.10.17 (DBI)

 

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Setelah penafian demi penafian dibuat bekas pelakon yang juga Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman, dia akhirnya diberkas di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dekat sini semalam.
Boy Iman, 37, ditahan selepas dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian lebih RM6.2 juta terhadap ratusan individu yang kebanyakannya warga emas dengan menipu dalam projek pembinaan rumah banglo yang dianjurkan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selain Boy Iman, dua lagi lelaki yang merupakan pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources turut ditahan di sebuah kondominium di Setapak pada hari yang sama.
“Kita menerima 188 laporan polis terhadap kedua-dua syarikat berkenaan yang menawarkan harga sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 153 meter persegi kepada orang ramai. Bagaimanapun setelah bayaran dilunaskan pembeli, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan.
“Hasil pemeriksaan di pejabat suspek di Wisma DBI, polis merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, BMW E92, tiga unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Acryl Sani, dalam serbuan kedua, pihaknya turut me­rampas dua unit telefon bimbit milik suspek berusia 29 dan 45 tahun tersebut di samping pelbagai dokumen milik Syarikat Juta Kelulut Global Resources.
Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Ke­seksaan.
“Sindiket penipuan kini sema­kin bijak memanipulasi kehendak serta keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim peni­puan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa,” katanya.
Pada 20 September lalu, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi tampil sebagai orang tengah bagi membantu mangsa yang mendakwa menjadi mangsa penipuan skim jualan rumah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Boy Iman.

 

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/boy-iman-dicekup-polis-1.533795