Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
CADANG PERKENAL KAEDAH BAHARU – SINAR HARIAN – 11/1/18
11 Jan 2018

Sinar Harian ( cadang perkenal kaedah baru ) 11.1.18

 

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya kerajaan dapat memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pembelian minyak masak dalam bentuk paket 1kg, susulan dakwaan kekurangan stok bekalan bahan itu sejak kebelakangan ini.

Ketua aktivisinya, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu bagi memastikan kaedah, agihan subsidi untuk minyak masak paket dapat disampaikan kepada golongan sasar dengan sebaiknya, selain mengelak pihak lain mengambil kesempatan.

“Minyak masak paket ini sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya kerana ramai membelinya dengan jumlah besar, dan jika adanya kad ini, ia hanya akan diberikan kepada pihak layak mendapat subsidi berkenaan.

“Dan kad ini juga, mungkin boleh disekalikan untuk pemberian subsidi lain seperti gas, minyak masak dan sebagainya katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Isu itu susulan, bekalan minyak masak paket disekitar Kedah, didakwa berkurangan sejak hujung Disember lalu, sekaligus menimbulkan kesukaran kepada pengguna. Difahamkan, masalah yang sudah hampir sebulan berlalu itu berpunca daripada pengurangan kuota bekalan minyak masak paket kepada pemborong dan peniaga, menyebabkan penjualan kepada pelanggan juga terpaksa dihadkan.

Mengulas mengenai perkara itu, Nadzim berkata, masalah bekalan minyak masak paket tersebut bukan hanya berlaku di utara tanah air sahaja, malah kawasan Lembah Klang turut dilaporkan berdepan masalah Sama. “PPIM telah menerima beberapa laporan daripada pengguna berhubung perkara ini sejak minggu lalu dan ia menunjukkan kawasan bandar turut berdepan masalah sama.

“Kebanyakan laporan yang diterima adalah berkaitan pengehadan pembelian minyak paket oleh pengguna sejak kebelakangan ini,” katanya. Nadzim memberitahu, kerajaan perlu menyediakan langkah jelas untuk pembelian minyak dalam paket tersebut supaya subsidi bagi bahan berkenaan dapat diagihkan dengan adil kepada individu layak. “Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang bagi melihat perkara ini secara menyeluruh kerana masalah ini sering dilaporkan berlaku” katanya.

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

CADANG PERKENAL KAEDAH BAHARU