Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Ceroboh Gudang Simpan Kenderaan, Polis Buka Kertas Siasatan – Bernama – 12/7/2017
13 Jul 2017

Snapshot(4)

SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) — Polis Selangor membuka satu kertas siasatan berhubung isu pencerobohan sebuah gudang menyimpan kenderaan di Kajang, dekat sini yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan malah menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis ada menerima laporan daripada seorang eksekutif lelaki yang bekerja di syarikat terbabit mengatakan stor syarikat itu di Jalan Cheras, Kajang diceroboh sekumpulan lelaki pada Isnin lepas…..