Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
DENDA, BATALKAN LESEN SYARIKAT PENGELOLA HAJI MUNGKIR JANJI – BERITA HARIAN – 22/11/17
23 Nov 2017

Artikel Oleh : BERITA HARIAN 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/353983/denda-batalkan-lesen-syarikat-pengelola-haji-mungkir-janji

 

Snapshot

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) boleh mengenakan denda atau membatalkan lesen terhadap syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang gagal menunaikan janji kepada bakal jemaah haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata pihaknya tidak berkompromi dengan PJH yang gagal menyediakan perkhidmatan atau kemudahan seperti yang dijanjikan.

” Orang ramai juga dinasihatkan supaya berwaspada serta tidak terpengaruh dengan tawaran visa dan pakej haji daripada PJH yang tidak dilesenkan.

“Pemberian visa urusan sendiri (FURADA) kepada mana-mana individu atau syarikat terpilih adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

“Pemegang visa FURADA dinasihatkan untuk menggunakan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang berlesen sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan 35 individu kerugian RM1.6 juta apabila ditipu agensi pelancongan beralamat di Shah Alam, Selangor, melalui Pakej Haji Orang Kenamaan (VIP).

Mereka dijanjikan oleh syarikat terbabit akan mendapat visa FURADA, namun terkandas di lapangan terbang kerana tiada visa.

Susulan daripada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan menghentikan pakej haji melalui visa berkenaan bagi mengelakkan penipuan.