PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA http://www.ppim.org.my GERAKAN KUASA PENGGUNA! Mon, 11 Dec 2017 08:02:04 +0000 en-US hourly 1 NGOs LAUD COUNCIL TO ADDRESS HIGH COST OF LIVING – NEW STRAITS TIMES – 9/12/17 http://www.ppim.org.my/ngos-laud-council-to-address-high-cost-of-living-new-straits-times-91217/ http://www.ppim.org.my/ngos-laud-council-to-address-high-cost-of-living-new-straits-times-91217/#respond Mon, 11 Dec 2017 08:02:04 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19349 NGOs laud council to address high cost of living   New Straits Times   Malaysia General Business Sports and Lifestyle News

KUALA LUMPUR: The government must deliver its promises to form a council to address issues involving the high cost of living.

Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) president Datuk Dr Marimuthu Nadason said it was the right time for the government to do so as the people were currently burdened with the current high cost of living.

“We welcome the decision by the government to form a council in effort to address the issue.

“But, we want the government to seriously implement it and not ‘hangat-hangat tahi ayam’ (doing something half-heartedly),” said Marimuthu when contacted.

He was commenting on the decision by the government to form the National Cost of Living Action Council, which was announced by the Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism (KPDNKK) Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin at the 2017 Umno General Assembly at Putra World Trade Centre here today.

The decision was made following a motion moved by Umno Youth Information chief Jamawi Jaafar while debating on the economic motion at the Umno general assembly yesterday.

The motion was also welcomed by Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) lead activist Datuk Nadzim Johan.

Nadzim suggested the government should also set up a body to monitor the progress of such a council to ensure it was achieved.

“The announcement alone is not enough. The government must take the matter seriously so that the people won’t cling on to empty promises.

“I suggest for a body (committee) to be set up to monitor the progress of the council. I believe it would create a kind of mechanism to ensure that whatever is being planned is achievable,” he said.

Hamzah, who is also the Umno Supreme Council Member, was instructed to focus on factors contributing to inflation which include housing, transportation, utilities, and food and beverage.

The instruction came from Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi who is also the Cost of Living Committee Chairman.

Hamzah said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has also agreed there will be no increase in prices of basic necessities such as sugar, flour, cooking oil, rice and cooking gas (LPG).

Full article : https://www.nst.com.my/news/nation/2017/12/312756/ngos-laud-council-address-high-cost-living

]]>
http://www.ppim.org.my/ngos-laud-council-to-address-high-cost-of-living-new-straits-times-91217/feed/ 0
GUNA KOPERASI SEKOLAH SELESAI ISU TAMBANG BAS – KOSMO ONLINE – 11/12/17 http://www.ppim.org.my/guna-koperasi-sekolah-selesai-isu-tambang-bas-kosmo-online-111217/ http://www.ppim.org.my/guna-koperasi-sekolah-selesai-isu-tambang-bas-kosmo-online-111217/#respond Mon, 11 Dec 2017 06:58:24 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19344 1 Guna koperasi sekolah selesai isu tambang bas   Rencana Utama   Kosmo Online 2 Guna koperasi sekolah selesai isu tambang bas   Rencana Utama   Kosmo Online

SETIAP kali cuti persekolahan bermula, pasti ada pelbagai isu berbangkit yang diperbincangkan.

Antara isu yang kerap menjadi perhatian ramai ialah mengenai cadangan kenaikan tambang bas sekolah.

Meskipun perkara tersebut kelihatan remeh, ia sangat penting kepada seluruh anggota masyarakat terutamanya golongan ibu bapa selain pengusaha bas sekolah itu sendiri.

Baru-baru ini, Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia menyatakan, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku kenaikan harga tambang bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

Menurut Presidennya, Mohd. Rofik Mohd. Yusof, ia disebabkan oleh kenaikan pelbagai kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti dan penyelenggaraan.

Justeru, persatuan itu menjangkakan kenaikan tambang bagi kawasan luar bandar akan mencecah sehingga RM10 manakala kawasan bandar pula sehingga RM20 sebulan.

Kaedah

Jelas beliau, kenaikan itu mungkin terpaksa dilakukan oleh pengusaha bas sekolah bagi membolehkan mereka terus beroperasi dan memberikan perkhidmatan terbaik.

Mengulas mengenai perkara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Nor Hisham Abdullah Sani berkata, isu berkenaan tidak akan berkesudahan sekiranya tiada penyelesaian terbaik dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat.

Katanya, dari satu sudut, kenaikan tambang itu mungkin merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan kerana kenaikan kos operasi syarikat pengusaha bas sekolah.

Namun, dari satu sudut lain, kenaikan tambang itu sudah tentu akan membebankan pengguna terutamanya ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah pada setiap hari.

“Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini.

“Antaranya ialah menggunakan koperasi sekolah. Ini kerana, setiap sekolah mempunyai koperasi mereka sendiri dan ia sepatutnya digunakan untuk memberi manfaat kepada pelajar yang merupakan ahli,” katanya.

Jelas Nor Hisham lagi, sekiranya sesebuah koperasi sekolah mempunyai dana yang cukup, ia mungkin boleh digunakan untuk memberi subsidi kepada para pelajar di sekolah berkenaan khususnya dalam mengurangkan bayaran tambang.

Malah, pihak koperasi juga boleh memiliki bas sendiri dan menguruskannya untuk mengangkut pelajar tanpa perlu bergantung kepada pengusaha luar.

“Melalui cara ini, pihak sekolah dapat membantu mengurangkan bebanan ibu bapa ekoran kenaikan kos, sekali gus menjamin keselamatan para pelajar.

“Perkara ini telah lama dilaksanakan di Eropah. Di sana, setiap sekolah mempunyai bas mereka sendiri untuk pelbagai kegunaan khususnya mengangkut pelajar sama ada ke sekolah mahupun menyertai pelbagai aktiviti luar,” katanya.

Keuntungan

Beliau menambah, pelaksanaan kaedah itu di negara ini tidak mudah kerana kebanyakan koperasi sekolah tidak mempunyai dana yang mencukupi.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya pihak koperasi sekolah boleh menaikkan kadar yuran yang dikenakan kepada pelajar setiap tahun agar dana yang terkumpul itu boleh digunakan untuk menjana pendapatan lebih tinggi, sekali gus memulangkan semula keuntungan yang diperoleh menerusi pemberian subsidi tambang bas atau membeli bas sekolah sendiri.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berpendapat, isu berkenaan perlu diselesaikan dengan cara situasi menang-menang agar semua pihak memperoleh manfaat.

“Berdasarkan keadaan ekonomi negara yang masih tidak stabil ini, kenaikan kos dan operasi syarikat pengusaha bas sekolah tidak boleh dinafikan.

“Oleh itu, satu penyelesaian perlu dicapai antara pengusaha, PIBG dan ibu bapa agar ia tidak membebankan mana-mana pihak.

“Jika kenaikan tambang perlu dilakukan, ia mesti relevan dan sesuai dengan lokasi bas sekolah berkenaan beroperasi kerana kos operasi tidak sama di semua tempat,” katanya.

Apa yang penting, kenaikan tambang itu perlu dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat agar tidak timbul isu penindasan pada kemudian hari.

Selain itu, pihak kerajaan sama ada kementerian pengangkutan mahupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat juga perlu mencari kaedah penyelesaian yang terbaik bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengusaha bas sekolah dan golongan ibu bapa.

]]>
http://www.ppim.org.my/guna-koperasi-sekolah-selesai-isu-tambang-bas-kosmo-online-111217/feed/ 0
PERTAHANKAN BAITULMAQDIS – 9/12/17 http://www.ppim.org.my/pertahankan-baitulmaqdis-91217/ http://www.ppim.org.my/pertahankan-baitulmaqdis-91217/#respond Sat, 09 Dec 2017 04:32:07 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19340 VIDEO Pemuda UMNO kecam Trump Nasional Utusan Online

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Masyarakat negara ini harus ketepikan segala perbezaan parti, kaum serta agama demi menyatakan kecaman sekeras-kerasnya terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara baharu Israel.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sama sekali tidak boleh menerima keputusan itu, malah Pemuda bersama rakan-rakan perjuangan lain akan terus bangkit menentang penindasan tersebut.

Ujar beliau, pihaknya tidak ke­seorangan kerana Pemuda Pas, Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Parti Hamas Palestin turut mendukung pendirian yang sama.

“Kebangkitan rakyat pada hari ini merupakan episod permulaan, sekiranya Trump masih meneruskan perancangan kotor itu, mereka akan melihat kebangkitan rakyat di seluruh dunia…Takbir! Takbir! Takbir!.

“Hormatilah undang-undang Antarabangsa dan hentikan se­gera penindasan kepada Palestin yang terkenal dengan jolokan ibu kota Islam itu,” katanya ketika berucap selepas menyerahkan memorandum bantahan mewa­kili Pemuda UMNO di Kedutaan AS di sini hari ini.

Lebih 2,000 orang hadir di hadapan kedutaan tersebut termasuklah parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat berbilang kaum dan agama bagi menyatakan bantahan serta mengecam keputusan yang dibuat oleh Trump sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan saluran diplomatik beliau de­ngan AS untuk mendesak pengisytiharan ibu negara baharu Israel ditarik balik de­ngan kadar segera.

“Kita bimbang dunia akan berhadapan dengan keganasan. AS perlu bertanggungjawab sekiranya­ ber­laku dan Trump mes­ti dibawa ke muka pengadilan jika terdapat kematian.

“Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pela­rian (UNCHR) juga perlu menguatkuasakan hak asasi manusia untuk rakyat Palestin,” katanya.

Tambah Aminuddin, parti-parti bukan Islam seperti MCA, DAP dan sebagainya perlu menyatakan pendirian, malah beliau turut menzahirkan kesedihan apabila NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia masih membisu berhubung perkara ini.

Pada 6 Disember lalu, Pre­siden AS itu telah mengumumkan pengiktirafan Baitulmuqaddis se­bagai ibu negara Israel yang baharu menggantikan Tel Aviv.

Selain itu, pada hari sama, sebanyak lapan negara termasuk Bolivia, Mesir serta Perancis menentang keras pengumuman tersebut dan meminta supaya Majlis Keselamatan (PBB) me­ngadakan mesyuarat tergempar minggu ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-pemuda-umno-kecam-trump-1.569594#ixzz50jbwivVj
© Utusan Melayu (M) Bhd

]]>
http://www.ppim.org.my/pertahankan-baitulmaqdis-91217/feed/ 0
BUKU BICARA ERTI ‘KEBERANIAN’ YUSUF AZMI – MALAYSIAGAZETTE – 6/12/17 http://www.ppim.org.my/buku-bicara-erti-keberanian-yusuf-azmi-malaysiagazette-61217/ http://www.ppim.org.my/buku-bicara-erti-keberanian-yusuf-azmi-malaysiagazette-61217/#respond Wed, 06 Dec 2017 08:51:06 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19336 Buku bicara erti  keberanian  Yusuf Azmi   MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Buku bertajuk Erti Berani: 33 Hikmat Pegangan Yusuf Azmi akan dijual tidak lama lagi.

Buku itu membicarakan kisah Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu yang sebelum ini dikenali kerana menjuarai isu kepenggunaan di negara ini.

Ia dibicarakan oleh penulis, Nor Azah Abd. Aziz dan akan mula dijual esok dan sesiapa berminat boleh menghubungi www.azanaza.com atau
whatsapp 011-2713 5713/ +60 13 788 6666.

Semua hasil jualan akan diinfakkan kepada perjuangan PPIM.

]]>
http://www.ppim.org.my/buku-bicara-erti-keberanian-yusuf-azmi-malaysiagazette-61217/feed/ 0
UMRAH ‘DIY’ : IBARAT PERTARUH NYAWA? – UTUSAN ONLINE – 1/12/2017 http://www.ppim.org.my/umrah-diy-ibarat-pertaruh-nyawa-utusan-online-1122017/ http://www.ppim.org.my/umrah-diy-ibarat-pertaruh-nyawa-utusan-online-1122017/#respond Wed, 06 Dec 2017 08:32:38 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19329 Screen Shot 2017-12-06 at 4.24.25 PM

Screen Shot 2017-12-06 at 4.25.17 PM Screen Shot 2017-12-06 at 4.25.38 PM Screen Shot 2017-12-06 at 4.26.07 PM

“KOS berlipat ganda, perkhidmatan pula ala kadar, belum dibangkitkan lagi isu penipuan,” begitulah perkongsian seorang jemaah umrah do it yourself (DIY) yang semakin menjadi trend dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Bukan sahaja bebas dan tidak terikat, malah menurut pengembara umrah DIY yang tidak mahu dikenali itu, jemaah boleh membuat pilihan sendiri pakej dan perkhidmatan sepanjang perjalanan serta ketika berada di Tanah Suci mengikut bajet masing-masing.

 “Apabila berbual dengan jemaah yang ditemui di Mekah, harga yang mereka bayar lebih kurang atau lebih mahal, hotel pula jauh dari masjid dan ada yang berkongsi sampai tujuh jemaah satu bilik.

“Kami pula tempah hotel di pekarangan masjid. Harga bergantung kepada bajet masing-masing. Mungkin harga umrah DIY lebih murah atau tidak jauh beza berbanding harga pakej mengikut agensi umrah dan pelancongan, tetapi semuanya atas kawalan kita sendiri,” katanya.

Sudah tentu setiap umat Islam mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Namun, tidak dinafikan ibadah yang lazimnya mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu itu memerlukan perbelanjaan tinggi.

Bagi individu berkemampuan, mungkin tidak memandangnya sebagai masalah, namun kepada golongan pendapatan rendah dan sederhana, mereka perlu mengumpulkan dana hingga belasan tahun untuk menyempurnakan ibadah Rukun Islam kelima tersebut.

Justeru, timbul pelbagai cara untuk melaksanakan ibadah itu dengan kos minimum, antaranya umrah yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan mana-mana agensi pelancongan atau dikenali sebagai umrah DIY.

Mengulas trend tersebut, Ketua Biro Kawal Selia Umrah, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abd. Halim Ikhsan ketika ditemui Mega Mimbar baru-baru ini menasihatkan agar umat Islam membatalkan niat dan tidak terpengaruh dengan kaedah tersebut.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kawal Selia Umrah Kementerian Pelancongan berkata, ini kerana umrah DIY yang dikendalikan sendiri oleh individu bermula dari tempahan penerbangan, visa, penginapan dan pengurusan di Tanah Suci itu disifatkan seperti mempertaruh nyawa.

Sedangkan tambahnya, Islam telah menetapkan syarat kemampuan bagi individu yang ingin menunaikan umrah atau haji begitu juga keutamaan memelihara nyawa dan keturunan sebagaimana digariskan dalam maqasid syariah.

“Benar, harganya mungkin lebih murah tetapi jemaah perlu tahu, masalah-masalah kecemasan yang akan timbul atau berlaku sepanjang melaksanakan ibadah tersebut sama ada ketika perjalanan atau di Tanah Suci seperti kemalangan, rompakan, penculikan penyakit dan sebagainya. Ini hanya membahayakan diri sendiri.

“Apatah lagi budaya, bahasa malah undang-undang kita berbeza dengan negara lain. Jika mengambil pakej melalui agensi berdaftar yang sah, segala permasalahan itu boleh dibantu atau sekurang-kurangnya ada tempat rujuk iaitu kepada mutawif atau ketua rombongan itu.

“Akhirnya apabila berlaku masalah dan tiada orang membantu, sudah tentu tidak lain tidak bukan kerajaan dipertanggungjawab serta dipersalah kerana dikatakan membiarkan rakyat begitu sahaja di negara asing,” katanya.

Bukan menghalang secara total kaedah tersebut, namun beliau berkata, jika terdapat garis panduan atau akta khas yang diwartakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, maka pihaknya turut menyokong keputusan tersebut.

“Setakat ini kerajaan belum membenarkan umrah DIY ini kerana berisiko. Kementerian juga sudah mengkaji impak kepada kaedah ini dan dilihat lebih memberi mudarat kepada jemaah tersebut. Bukan kita mahu mempromosi atau mengayakan agensi umrah dan pelancongan negara ini, tetapi apa yang perlu diutamakan adalah faktor keselamatan. Lebih-lebih lagi trend membawa keluarga, bagaimana jika berlaku penculikan, siapa hendak bertanggungjawab?” tegasnya.

Dalami 
ilmu, banyak membaca dan bertanya kepada individu diyakini.

“Bagi mana-mana agensi yang ingin melakukan perbuatan itu atau berniat mengambil keuntungan dengan memperdaya bakal jemaah umrah dan haji supaya melupakan hasrat tersebut,” kata Abd. Halim.

“Kerana PPIM menerima banyak aduan berkaitan kes penipuan umrah sebelum ini, kita mengambil langkah untuk mewujudkan satu badan khas bagi mengawal kes berkaitan umrah dan haji yang dinamakan Biro Kawal Selia Umrah yang ditubuhkan pada awal tahun ini.

“Biro ini bukan sahaja untuk menangani kes berkenaan penipuan umrah tetapi juga berkaitan dengan Tanah Suci seperti pelaburan di Mekah dan aduan ketidakpuasan hati jemaah berhubung perkhidmatan penginapan serta kemudahan ditawarkan oleh ejen-ejen.

“Sebagai contoh, perkhidmatan ditawarkan berbeza berbanding harga pakej diambil seperti jarak hotel berbeza, sajian makanan kurang daripada yang ditetapkan, pengangkutan tidak disediakan seperti mana dijanjikan dan sebagainya,” katanya.

Oleh itu menurutnya, PPIM menerusi Biro Kawal Selia Umrah bekerjasama membantu kerajaan dalam mengambil tindakan tegas terhadap agensi umrah dan pelancongan yang cuba melakukan penipuan.

“Kita faham dengan situasi yang berlaku, tidak semua ejen perkhidmatan umrah yang pernah terkandas ini berniat untuk menipu. Mungkin kerana mereka juga menjadi mangsa keadaan atau masalah teknikal tidak dijangka berlaku.

“Namun, seboleh-bolehnya setiap agensi umrah perlu menguruskan perkhidmatan masing-masing dengan baik dan sistematik, ingatlah bahawa perkhidmatan yang anda tawarkan adalah membawa umat Islam sempurnakan ibadah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan jemaah umrah supaya berhati-hati dalam memilih pakej umrah supaya tidak menjadi mangsa penipuan dan diperdaya agensi tidak bertanggungjawab.

“Pastikan agensi yang ingin kita pilih itu benar-benar dipercayai dan mempunyai rekod yang baik. Tidak perlu syarikat besar atau terkemuka, asalkan dapat memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abd. Halim mengingatkan kepada agensi umrah dan pelancongan agar tidak mengambil kesempatan dengan memanipulasi atau memperdaya jemaah umrah kononnya menawarkan pakej murah.

“Pada tahun ini sahaja kita mendapat aduan lebih 2,000 jemaah umrah tertipu termasuk 108 jemaah haji. Ramai dalam kalangan mereka adalah orang kampung dan berusia lanjut. Faktornya, kita dapati golongan ini lazimnya tiada pendedahan dan mudah terperdaya dengan tawaran pakej umrah murah.

“Sehinggakan ada mangsa yang terpedaya membelanjakan keseluruhan baki wang pinjaman dengan melibatkan kerugian kira-kira RM30,000.

“Modus operandi ejen penipuan ini biasanya sama, mereka datang di sesuatu lokasi memberi taklimat, mempromosikan kelebihan pakej murah yang ditawarkan dengan meyakinkan orang ramai bahawa mereka mendapat tajaan daripada seseorang individu bergelar datuk atau ahli perniagaan,” jelasnya.

Namun tambahnya, selepas ramai jemaah mengambil bahagian lalu membayar wang pendahuluan dan penyertaan, ejen itu menghilangkan diri atau yang kerap berlaku jemaah terkandas di lapangan terbang apabila tiba masa untuk berangkat.

“Mereka juga mengadakan kursus, memberi kitab rujukan umrah dan barangan keperluan lain kepada jemaah yang mengikuti pakej mereka. Ini membuatkan ramai orang awam terpedaya.

“Mengikut pemerhatian kita, difahamkan agensi seperti ini membuat kitaran daripada bayaran jemaah yang ada. Mungkin kumpulan pertama dan kedua berjaya pergi dan balik, namun bagi kumpulan seterusnya, kitaran modal tidak mencukupi, maka berlakulah kes terkandas,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/umrah-8216-diy-8217-ibarat-pertaruh-nyawa-1.564386#ixzz50T3NRFbG
© Utusan Melayu (M) Bhd

]]>
http://www.ppim.org.my/umrah-diy-ibarat-pertaruh-nyawa-utusan-online-1122017/feed/ 0
KEM GENERASI BIJAK MEGA 2017 – UTUSAN ONLINE – 30/11/17 http://www.ppim.org.my/kem-generasi-bijak-mega-2017-utusan-online-301117/ http://www.ppim.org.my/kem-generasi-bijak-mega-2017-utusan-online-301117/#respond Thu, 30 Nov 2017 09:48:34 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19324 Artikel oleh : Utusan Malaysia

Snapshot

 

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Inisiatif penganjuran Kem Generasi Bijak Mega 2017 hasil usahasama antara GenBijak DotMy Sdn. Bhd., dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijangka menepati keperluan pelajar terutamanya di dalam aspek pembangunan sahsiah diri.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kem motivasi selama tiga hari yang dikendalikan berupaya memberi hasil positif terhadap pelajar dan juga menepati kriteria Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang kini menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau berkata, dengan modul aktiviti yang interaktif dan mencerna minda peserta, kem motivasi bertempat di Lubuk Manggis, Hulu Langat itu perlu disokong ibu bapa sebagai medium membangunkan modal insan dan jati diri anak-anak.

“Uniknya program Kem GenerasiBijak Mega – Impak Maksima Cuti Sekolah ini adalah aktivitinya seperti Obstacle, Flying Fox, Water Confidence, Jungle Tracking dan lain-lain dibangunkan selari keperluan memperkasa diri anak-anak. Selain akademik, ibu bapa perlu memberi ruang kepada aktiviti riadah sosial yang baik untuk proses pembangunan modal insan.

“Selain itu, program Terapi Minda dan Terapi Emosi yang diselit dalam kem motivasi ini, membantu kemahiran berfikir pelajar dan menjadi medium penting mendedahkan mereka tentang kelangsungan hidup yang sebenarnya tidak sepenuhnya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Kem GenerasiBijak Mega 2017 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah GenBijak DotMy Sdn. Bhd., Juliana Sawarin dan Pengarah Seninya, Syah Badrul selaku penganjur utama program.

Kem berlangsung mulai 10 hingga 12 Disember depan, terbuka bagi pelajar berusia 9 hingga 17 tahun dengan bayaran serendah RM270 seorang.

Menurut Julia, kem motivasi dengan penekanan aspek berdikari, berfikiran kritis dan sahsiah diri pelajar, tepati keperluan menyiapkan pelajar bukan sahaja cemerlang di dalam akademik malah berketerampilan tinggi.

“Bagi yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari laman facebook.com/GenBijakdotMy atau hubungi hotline di 6011-28003637 segera untuk nikmati diskaun menarik disediakan hanya hari ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

]]>
http://www.ppim.org.my/kem-generasi-bijak-mega-2017-utusan-online-301117/feed/ 0
SEDIA BANTU SPRM – HARIAN METRO – 29/11/17 http://www.ppim.org.my/sedia-bantu-sprm-harian-metro-291117/ http://www.ppim.org.my/sedia-bantu-sprm-harian-metro-291117/#respond Wed, 29 Nov 2017 05:46:50 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19317  

Artikel Oleh : Harian Metro

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/11/288513/sedia-bantu-sprm

Harian Metro ( Sedia Bantu SPRM ) 29.11.17

Kuala Lumpur: “Saya sangat terkejut dan sedih apabila membaca berita yang dilaporkan kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, kata Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mohd Salim Taha.

Katanya, memandangkan kes itu masih lagi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), LPP tidak seharusnya membuat sebarang komen kepada pihak media.

 “Bagaimanapun, LPP sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro menerusi kiriman WhatsApp.
Reaksi itu diberikan ketika diminta mengulas mengenai isu Pengurus Projek Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Melaka, yang disyaki menyeleweng Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai RM2.54 juta, Isnin lalu.

Penahanan itu dibuat apabila suspek dipercayai membuat 23 tuntutan palsu berjumlah RM2.54 juta membabitkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan oleh Mesyuarat Penapis PPK.

Daripada jumlah tuntutan itu, kerajaan sudah membayar RM1.33 juta manakala selebihnya belum dibayar.

Setakat ini, empat suspek berusia 38 tahun hingga 52 tahun termasuk seorang pengurus projek ditahan SPRM.

Khamis lalu, akhbar ini melaporkan, wujud sindiket yang membuat tuntutan palsu dan menjual baja subsidi kepada pihak ketiga dengan nilai kerugian lebih RM80 juta sejak enam tahun lalu.

Ia didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan daripada orang ramai mengenai perkara itu yang didakwa berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara yang menerima bantuan daripada SBPKP.

Susulan laporan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendedahkan, pihaknya yakin kegiatan itu bukan saja berlaku di Melaka, tetapi di tempat lain dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

 

]]>
http://www.ppim.org.my/sedia-bantu-sprm-harian-metro-291117/feed/ 0
SEGELINTIR TRAK TUNDA BERSIKAP KETERLALUAN – METRO ONLINE – 28/11/17 http://www.ppim.org.my/longkai-makin-naik-lemak-metro-online-281117/ http://www.ppim.org.my/longkai-makin-naik-lemak-metro-online-281117/#respond Wed, 29 Nov 2017 03:09:55 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19312 Artikel Oleh : Metro Online

Tajuk : LONGKAI MAKIN NAIK LEMAK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/288404/longkai-makin-naik-lemak

Snapshot

MEMAKSA mangsa kemalangan menurunkan tandatangan kebenaran, mengenakan caj yang tinggi serta mengugut untuk tidak memberikan apa-apa bantuan kecuali menerima upah.

Ia antara aduan mengenai sikap pemandu trak tunda atau longkai yang menimbulkan masalah kepada mangsa yang diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang semakin meningkat sejak awal tahun lalu.

 Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa akan didatangi segelintir individu mahu pun berkumpulan yang lebih dikenali sebagai longkai bersikap agak keterlaluan dengan memberi penjelasan kurang jelas serta meletakkan syarat ‘sendiri’.
“Kita terima banyak aduan dan ia satu kegiatan yang amat ketara dari segi menekan pengguna. Walaupun mangsa tidak menghubungi longkai itu, mereka akan bersikap keterlaluan dan memaksa mangsa untuk mengaut keuntungan bagi satu-satu tuntutan kemalangan.

“Pemandu dan pemilik akan dipaksa untuk menandatangani surat kuasa kepada mereka bagi menunda kenderaan sehingga ke balai polis seterusnya ke bengkel,” katanya dalam sidang media hari ini.

Hadir sama Penasihat Khas PPIM Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed dan Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie.

Nadzim berkata, terdapat kes di mana pemandu atau mangsa kemalangan yang berubah fikiran untuk tidak berurusan dengan sesuatu bengkel, dipaksa membuat bayaran yang tidak munasabah mencecah ribuan ringgit.

Lebih mengejutkan katanya, PPJK pernah menerima beberapa aduan yang membabitkan perebutan di antara longkai untuk menunda kenderaan yang terbabit kemalangan dengan mendakwa bahawa mereka sampai awal dan berhak ke atas kereta itu menyebabkan mangsa tidak boleh berurusan dengan bengkel lain.

“Ada di antara mereka bertindak seperti samseng dan memaksa mangsa. Malahan, ada juga kes yang membabitkan pergaduhan antara pesaing longkai itu sendiri.

“Mereka bertindak agresif serta menganggap pesaing yang tiba di lokasi kemalangan yang sama pada waktu sama menceroboh kawasan longkai terawal yang tiba di lokasi terbabit,” katanya.

Justeru PPIM menggesa tindakan segera diambil pihak berwajib bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa dengan tindakan longkai yang ingin mengaut untung mudah.

]]>
http://www.ppim.org.my/longkai-makin-naik-lemak-metro-online-281117/feed/ 0
“CALLMAN” RAJA JALANRAYA – PPIM – 28/11/17 http://www.ppim.org.my/callman-raja-jalanraya-ppim-281117/ http://www.ppim.org.my/callman-raja-jalanraya-ppim-281117/#respond Tue, 28 Nov 2017 05:12:58 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19304 Kebanyakan pengguna jalanraya yang pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pasti pernah didatangi oleh segelintir individu mahupun berkumpulan yang lebih dikenali sebagai “Callman/Longkai/Claim Advisor” yang bersikap agak keterlaluan dengan memberi penjelasan yang kurang jelas serta meletakkan syarat-syarat tanpa dikawal oleh mana-mana agensi kerajaan serta persatuan atau badan khusus dibawah sebarang akta dan peraturan.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (1)

Ramai diantara kita menjadi mangsa pengguna jalanraya yang pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pasti pernah didatangi oleh pengendali trak tunda atau “Callman” walaupun mangsa tidak menghubungi individu “Callman” tersebut, mereka akan bersikap keterlaluan dan memaksa mangsa untuk mengaut keuntungan bagi satu-satu tuntutan kemalangan tersebut. Pemandu dan pemilik akan dipaksa untuk menandatangani surat kuasa kepada mereka bagi menunda kenderaan sehingga ke balai polis seterusnya ke bengkel.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (2)

Terdapat kes-kes apabila pemandu atau mangsa kemalangan yang berubah fikiran untuk tidak meneruskan niat bagi berurusan dengan bengkel tersebut dan berubah fikiran untuk menghantar kenderaan mereka ke bengkel lain, mangsa dipaksa membuat bayaran yang tidak munasabah daripada “Callman/Longkai/Claim Advisor” sehingga jumlah ribuan ringgit.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (3)

Lebih mengejutkan apabila Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK) pernah menerima beberapa aduan yang melibatkan perebutan diantara “Callman” untuk menunda kenderaan yang terbabit kemalangan dengan mendakwa bahawa mereka sampai awal dan hak kenderaan kemalangan itu adalah milik mereka serta mangsa tidak boleh berurusan dengan lain-lain bengkel. Ada diantara mereka bertindak seperti “Samseng” dan memaksa mangsa.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (5)

Malahan, ada juga kes yang melibatkan pergaduhan diantara pesaing “Callman” itu sendiri. Mereka bertindak agresif serta menganggap pesaing yang tiba dilokasi kemalangan yang sama pada waktu yang sama telah menceroboh kawasan jajahan “Callman” terawal yang tiba dilokasi terbabit.

Malahan, kami juga pernah menerima aduan bahawa “Callman” itu sendiri membuat perangkap kemalangan di lokasi-lokasi yang menjadi sasaran utama mereka setelah melakukan pemantauan dan “Callman” akan tiba dalam kadar segera sekiranya mangsa termasuk jerat yang dipasang mereka.

Tambahan lagi, tidak terkecuali sikap “Callman” yang ‘pilih bulu’ dalam menawarkan khidmat trak tunda. Hal ini kerana, kami turut meneriman aduan yang melibatkan “Callman” membiarkan sahaja ‘kereta murah’ dan kereta yang tidak memperbaharui cukai jalan. Mereka akan berebut dan mengutamakan kereta mewah terlebih dahulu kerana nilai insurans yang masih tinggi dan menguntungkan mereka.

Hal ini menimbulkan kerisauan pengguna jalan raya kerana isu “Callman” bergerak bebas tanpa dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa dengan mengamalkan peraturan yang ditetapkan sendiri oleh pemegang walkie talkie ‘puak’ mereka membahayakan nyawa pengguna jalanraya. Keselamatan dan nyawa mangsa kemalangan jalanraya merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian sekiranya berlakunya sesuatu kemalangan. Tambahan lagi, kebanyakan “Callman” yang tidak diiktiraf tumbuh bagai cendawan lepas hujan dengan modus operandi yang keterlaluan dengan cara mengaut keuntungan secara paksaan terhadap mangsa-mangsanya.

Sebarang pertanyaan, hubungi Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie di talian 016-6280777.  Terima Kasih.  [TAMAT]

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (6)

]]>
http://www.ppim.org.my/callman-raja-jalanraya-ppim-281117/feed/ 0
ORANG TENGAH KAUT UNTUNG – UTUSAN ONLINE – 27/11/17 http://www.ppim.org.my/19300-2/ http://www.ppim.org.my/19300-2/#respond Mon, 27 Nov 2017 10:00:35 +0000 http://www.ppim.org.my/?p=19300 Orang tengah kaut untung Nasional Utusan Online

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Peranan orang tengah dalam urusan jual beli tidak dinafikan menjadi punca kenaikan harga barang di pasaran yang mencecah hampir 90 peratus ketika ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, orang tengah yang berperanan sebagai penghubung antara pengeluar dengan pengguna mengambil keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan beban kos yang harus ditanggung oleh pengguna.

“Saya tengok cili sekarang ini dijual mencecah hampir RM20 seki­logram mengikut faktor cuaca, tapi di peringkat pengeluar atau petani, cili dijual sekitar RM1 atau RM2 sahaja sekilogram.

“Hal ini sangat berbahaya kera­na mereka ini menaikkan barang sesuka hati dan kenaikan yang bukan sedikit itu dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi rakyat terutamanya golongan bawahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan pasukan khas mengkaji harga barangan di pasaran supaya tidak melebihi daripada harga sepatutnya.

Beliau berkata, harga barang­an yang dijual di pasaran sudah mengambil kira kos pengeluaran dan margin keuntungan tetapi kenaikan harga barangan masih berlaku dan dikhuatiri fenomena itu berlaku disebabkan orang tengah.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon berkata, peranan orang tengah yang tidak bertanggungjawab ini juga me­nyumbang kepada faktor kenaik­an harga barangan sebanyak dua kali ganda.

“Setakat tiga bulan kebe­la­ka­ng­an ini kami menerima aduan daripada lebih kurang 15 buah syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) yang mendakwa dimanipulasi oleh orang tengah yang hanya meraih untung atas angin.

“Mereka memasarkan produk IKS ke pasar raya atau stesen minyak terpilih dengan harga berganda tanpa membayar kos pengeluaran dan keuntungan kepada pengeluar atau pengusaha tempatan ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kemungkinan besar harga barangan di pasaran dimono­poli orang tengah yang bertindak menentukan harga secara sendiri dengan mengaut untung lebih ke atas mereka.

Beliau berkata, secara logiknya setiap barangan yang dijual sudah mengambil kira kos pengeluaran dan margin keuntungan dalam jangka masa panjang.

“Kalau bukan kerana ada unsur orang tengah mengaut keuntungan yang berlebihan, masalah kenaikan harga barang tidak berlaku kerana harga yang telah ditetapkan kerajaan sudah mengambil kira semua aspek,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa supaya pihak berwajib memandang serius isu itu supaya peranan orang tengah dapat dikurangkan sekali gus menstabilkan kembali harga barangan di pasaran.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/orang-tengah-kaut-untung-1.561268#ixzz4zcng0p7a
© Utusan Melayu (M) Bhd

]]>
http://www.ppim.org.my/19300-2/feed/ 0