PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA GERAKAN KUASA PENGGUNA! 2018-02-24T05:51:07Z http://www.ppim.org.my/feed/atom/ Hafizi <![CDATA[OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM (OPS BAH) SIRI 42 – KUALA LUMPUR – 23/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=20009 2018-02-24T05:51:07Z 2018-02-24T05:51:07Z Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke 42 yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KWPKL. Turut sama hadir dalam operasi kali ini adalah beberapa agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Imegresen dan lain-lain.

Turut serta dalam serbuan ke pusat judi, lubuk maksiat dan sarang dadah sekitar Kuala Lumpur ini adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang merupakan antara NGO aktif dalam setiap siri OPS BAH.

28058553_1748567365195728_6898033408711415816_n 28059508_1748566788529119_5112414762149112083_n 28166709_1748567055195759_8235145184609598814_n 28166778_1748627721856359_7453978307213212225_n 28167167_1748627845189680_8856383706503055150_n 28276265_1748567015195763_2460935038364662921_n 28279679_1748628078522990_3661116349142463862_n 28279803_1748567235195741_3539204582265848206_n 28467630_1748567201862411_572725453812607880_n

 

]]>
0
Hafizi <![CDATA[BEG PLASTIK: PASAR RAYA UNTUNG RM120 JUTA SETAHUN – UTUSAN MALAYSIA – 23/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=20002 2018-02-24T05:44:08Z 2018-02-24T05:41:23Z beg plastik

Utusan ( pasar raya untung rm120juta setahun) 23.2.18

 

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Pasar raya dan kedai runcit seluruh negara termasuk kerajaan PKR Selangor mampu mengaut keuntungan konservatif sebanyak RM120 juta setahun bagi per­belanjaan caj 20 sen beg plastik.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, keuntungan konservatif RM120 juta setahun itu meliputi semua pasar raya di seluruh negara terutama di Selangor yang dilihat mendapat keuntungan sehingga 70 peratus daripada hasil jualan beg plastik dengan caj 20 sen.

“Setiap pengguna akan membeli sekurang-kurangnya tiga beg plastik bernilai 60 sen, kita andaikan 600 hingga 700 pengguna membeli di kedai runcit dan pasar raya setiap hari dan jumlah anggaran keuntungan kasar yang diperoleh sebanyak RM10 juta sebulan.

“Saya difahamkan, kos setiap beg plastik adalah sebanyak 3 sen sahaja, namun seperti Kerajaan PKR Selangor, mereka menyuruh rakyat membayar pada kadar 20 sen. Jumlah itu menunjukkan perbezaan besar iaitu seba­nyak 17 sen. Ini bermakna, kedai runcit dan pasar raya mampu mendapat untung besar jika memperoleh 1,000 pengguna setiap hari,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selasa lalu, beberapa persatuan pengguna mendesak Kerajaan PKR Selangor menjelaskan ke mana caj 20 sen tersebut disalurkan supaya pelaksanaan kempen beg plastik tersebut lebih telus.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar dalam kenyataannya berikrar menghapuskan caj 20 sen bagi setiap penggunaan plastik yang dikuatkuasakan Kerajaan PKR Selangor pada 1 Januari tahun lalu itu hingga membebankan pengguna, jika BN berjaya kembali mentadbir Selangor.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabu­ngan Persatuan-persa­tuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, caj 20 sen beg plastik kononnya bagi mendenda pengguna namun diambil sebagai sumber pendapatan kepada pasar raya tersebut.

“Bayangkan jika ada 1,000 pengguna sehari yang membeli barang, berkemungkinan mereka (pengguna) akan membeli tiga hingga lima beg plastik de­ngan bernilai RM1 mengikut barang keperluan yang dibeli. Jadi, caj 20 sen itu boleh memberi keuntungan setiap hari sekali gus memberi nilai tambah kepada pihak pasar raya itu.

“Jika pihak pasar raya benar-benar mahu menjual plastik beg seeloknya jual beg yang boleh dikitar semula atau beg bahan-bahan boleh urai (biodegradable) bagi memastikan pengguna boleh mengguna pakai beg tersebut apabila membeli-belah kelak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabu­ngan Persatuan-persa­tuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, caj 20 sen beg plastik kononnya bagi mendenda pengguna namun diambil sebagai sumber pendapatan kepada pasar raya tersebut.

“Bayangkan jika ada 1,000 pengguna sehari yang membeli barang, berkemungkinan mereka (pengguna) akan membeli tiga hingga lima beg plastik de­ngan bernilai RM1 mengikut barang keperluan yang dibeli. Jadi, caj 20 sen itu boleh memberi keuntungan setiap hari sekali gus memberi nilai tambah kepada pihak pasar raya itu.

“Jika pihak pasar raya benar-benar mahu menjual plastik beg seeloknya jual beg yang boleh dikitar semula atau beg bahan-bahan boleh urai (biodegradable) bagi memastikan pengguna boleh mengguna pakai beg tersebut apabila membeli-belah kelak,” katanya.

Selain itu, bagi Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pasar raya menjadikan caj 20 sen beg plastik sebagai sumber pendapatan untuk me­ngaut keuntungan.

“Pasar raya boleh mengaut keuntungan yang berlipat ganda hanya dengan mengenakan caj 20 sen beg plastik dan pengguna tidak mengetahui status caj tersebut digunakan.

“Kita tidak mahu mereka (pasar raya) menjadikan caj 20 sen sebagai sumber pendapatan sekali gus membebankan pengguna. Seeloknya jadikan caj 20 sen tersebut untuk mengadakan program bersama pengguna atau sebaliknya,” katanya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

BEG PLASTIK: PASAR RAYA UNTUNG RM120 JUTA SETAHUN

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/beg-plastik-pasar-raya-untung-rm120-juta-setahun-1.614605#ixzz58074I2BV
© Utusan Melayu (M) Bhd

]]>
0
Hafizi <![CDATA[JOM KERAMAT #QURANHOUR 3.0 – SINAR HARIAN – 22/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19997 2018-02-22T04:21:59Z 2018-02-22T04:21:59Z Sinar ( #quran hour 3.0 ) 22.2.18

Keramat #QuranHour 3.0 bakal menawarkan lebih banyak pengisian aktiviti menarik untuk orang ramai sertai di Taman Tasik Datuk Keramat pada 25 Februari ini.

Antara aktiviti disediakan dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu termasuk berinteraksi dengan al-Quran melalui #QuranHour, solat melalui #SolatExplorace dan Infaq melalui #Pasar Infaq Ummah, serta persembahan As Salam Buskers.

Sesi berinteraksi dengan al-Quran kali ini menampilkan peserta cilik yang dikenali ramai iaitu Tahfiz Muda, Fatimah Az Zahraa Muwafik, 6, yang akan memperdengarkan bacaannya Surah alFatihah dan Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

Bacaan ayatsucial-Quran diteruskan oleh Ustaz Ahmad Aiman yang membawakan Surah al-Fajr.

Penasihat Modul Rumah Ngaji, Ustaz Safri Muhammad Zein akan bertadabbur dan bertazakkur surah tersebut untuk difahami mesej yang disampaikan oleh ALLAH dan diamalkan oleh umat Islam.

Keramat#QuranHour 3.0 merupakan aktiviti kali ketiga di bawah program setahun Keramat Lab yang dilancarkan pada 2 Disember 2017. – Ini menyahut kempen My Family #QuranHouryang bertemakan #Saving Families bagi mengukuhkan keluarga melalui berinteraksi dengan al-Quran iaitu baca, faham dan amal.

Program ini dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan kerjasama Rumah Ngaji Wilayah Persekutuan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Wilayah Persekutuan (Aswaja), ACT Consulting & Education Sdn Bhd, Keluarga.

Besar Ummah Ikhlas dan Satri Muda #SavingYoungSouls, Al Ammar Resources Sdn Bhd, dan EL ElleFi-Lani International.

Ketua Pegawai Eksekutif WUI, Marhaini Yusoff berkata, Keramat Lab merupakan gerakan daripada ummah kepada ummah.

“Ini mengambil ibrah kisah Nabi Muhammad SAW yang memberi makan kepada orang miskin dengan tangan Baginda SAW sendiri. Nikmat kegembiraan rohani dicapai melalui amalan infaq.,” katanya.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja boleh merebut hadiah termasuk naskhah al-Quran dengan menyertai acara sukaneka dan#SolatExplorace yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji @ Nurhidayah (Akademi Tahfiz Al-Hidayah) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Penggerak Rumah Ngaji @ Nurhidayah, Roslailawati Mohamad berkata #SolatExplore merupakan aktiviti yangjulung kali diadakan bagi pengisian Keramat #QuranHour 3.0.

“#SolatExplorace bertujuan untukmemberi kesedaran kepada golongan muda mengenai kepentingan solatdan seronoknya bersolat. Saya berharap mereka dapat menimba ilmu dan mengamalkan ibadah solat dengan lebih baik.

“Pihak kami turut menyertai Pasar Infaq Ummah dengan menawarkan minuman coklat dan buah-buahan untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Keramat#QuranHour 3.0, sila bawa al-Quran terjemahan, potluck dan tikar.

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

JOM KERAMAT #QURANHOUR 3.0

]]>
0
Hafizi <![CDATA[PERBINCANGAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA WAKIL LEMBAGA PENGURUSAN PTPTN – 21/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19991 2018-02-21T07:50:04Z 2018-02-21T07:44:20Z Perbincangan Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, bersama wakil Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha kerjasama untuk mempromosikan PTPTN di saluran media. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

28055876_1745873202131811_4703659808554386653_n 28056612_1745873292131802_8789047554440477206_n 28058898_1745873262131805_7280554672630781352_n

]]>
0
Hafizi <![CDATA[DIALOG MEJA BULAT BERSAMA INDUSTRI HALAL BIL 1 – KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA – 20/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19984 2018-02-20T06:29:04Z 2018-02-20T06:26:56Z Putrajaya, 20 Februari 2018 – Bahagian Hab Halal, JAKIM melalui Unit Hubungan Industri, Seksyen Komunikasi Korporat telah mengadakan satu sesi Dialog Meja Bulat Bersama Persatuan Industri Halal untuk kali pertama bagi tahun 2018.

27972628_963818223777451_3373476875830675130_n

Dialog yang disertai oleh lebih kurang 13 persatuan dalam industri itu turut dihadiri oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan lain-lainnya.

27973425_963818370444103_5273093402810132997_n

Dialog yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM.

28056261_963818607110746_6272848085520466898_n 28058886_963818513777422_398807513765915542_n 28059429_963818793777394_1679892401394258954_n

Tujuan dialog kali ini menjurus kepada perkongsian dan makluman berkenaan kemaskini dan penambahbaikan dalam Pensijilan Halal Malaysia serta perbincangan berkaitan isu-isu semasa dalam persatuan industri halal di Malaysia.
]]>
0
Hafizi <![CDATA[TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM DAN BEKAS PENUNDA KENDERAAN MEMBINCANGKAN TAJUK “TONTO” – TV1 – 20/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19977 2018-02-20T06:04:15Z 2018-02-20T06:04:15Z Temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan Bekas Penunda Kenderaan, Azman Kang Abdullah membincangkan tajuk “Tonto” di Rancangan Selamat Pagi Malaysia @ TV1 dalam segmen Kopi Panas.

https://www.youtube.com/watch?v=hDRxgji2tmg

28059212_1744518985600566_4088884434555143203_n 28166703_1744519012267230_1526080449470802776_n 28378040_1744518945600570_6201247789875266273_n

]]>
0
Hafizi <![CDATA[CAJ 20 SEN GUNA PLASTIK TIDAK CAPAI MATLAMAT – UTUSAN MALAYSIA – 20/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19972 2018-02-20T02:40:09Z 2018-02-20T02:40:09Z  

Utusan Malaysia ( caj 20 sen guna plastik tidak capai matlamat ) 20.2.18

caj 20 sen

 

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Pihak bertanggungjawab per­lu mengkaji semula kempen beg plastik dengan pelaksa­naan caj 20 sen oleh Kerajaan PKR Selangor yang dilihat memberi masalah kepada pengguna dan semakin membebankan rak­yat.

Malah, beberapa persatuan pengguna yang dihubungi turut mendesak Kerajaan PKR Selangor menjelaskan ke mana caj 20 sen tersebut disalurkan supaya pelaksanaan kempen beg plastik tersebut lebih telus.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, satu penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan kempen kesedaran penggunaan beg plastik dapat di­­wujudkan berbanding hanya me­ngenakan caj 20 sen kepada pengguna.

“Saya pasti caj itu hanya meng­untungkan sebelah pihak sahaja dan pelaksanaannya membebankan. Pihak bertanggungjawab perlu mengkaji secara terperinci caj yang dikenakan itu agar tidak membebankan pihak pembeli.

“Pengguna juga tidak menge­tahui caj 20 sen tersebut dibayar atau diderma kepada siapa sehingga menimbulkan tanda tanya kerana mereka tidak diberitahu tentang perkara itu. Jika benar, sediakan alternatif lain untuk memudahkan pengguna membeli-belah tanpa membebankan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar dalam kenyataannya berikrar untuk menghapuskan caj 20 sen bagi setiap penggunaan plastik yang dikuatkuasakan Kerajaan PKR Selangor pada 1 Januari tahun lalu itu hingga membebankan pengguna, jika BN berjaya kembali mentadbir Selangor.

Sementara itu, Tim­­balan Pre­si­den Ga­­­bungan Per­sa­tuan-Per­­satuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman turut menyatakan so­­kongan terhadap peng­hapusan caj 20 sen itu de­ngan mencari alternatif lain untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di negara ini.

“Saya menyokong penghapusan caj 20 sen tersebut kerana masalah beg plastik ini tidak akan berkurangan sekiranya mengenakan sebarang caj yang tinggi namun, perlu ada mekanisme yang memberi kesan segera untuk me­ngurangkan penggunaan beg plastik.

“Antara alternatif lain yang boleh dilaksanakan adalah setiap pasar raya boleh menyediakan troli yang mencukupi, beg kertas atau kotak bagi menggantikan beg plastik untuk memudahkan pengguna membawa barangan yang dibeli,” katanya.

Di samping itu, pelaksanaan caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik yang dikuatkuasakan oleh kerajaan PKR itu langsung tidak membawa manfaat kepada pengguna sejak mula diperkenal awal tahun lalu.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, dasar caj 20 sen itu dilihat tidak mendatang­kan sebarang kesan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

“Dasar yang diperkenalkan itu tidak membantu ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar malah ia dilihat semakin membebankan pengguna. Apabila mengenakan caj 20 sen tindakan itu langsung tidak memberi kesan sepenuhnya kepada alam sektar kerana beg plastik tergolong ‘barang sekali pakai’ sehingga memperbanyakkan sampah.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

CAJ 20 SEN GUNA PLASTIK TIDAK CAPAI MATLAMAT

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/caj-20-sen-guna-plastik-8232-tidak-capai-matlamat-1.612560#ixzz57bzfHups
© Utusan Melayu (M) Bhd

]]>
0
Hafizi <![CDATA[PENJENAYAH PENIPUAN MAKLUMAT PERIBADI LICIK PERDAYA MANGSA TERDESAK – UTUSAN MALAYSIA – 19/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19968 2018-02-19T08:39:41Z 2018-02-19T08:39:41Z Utusan ( kurang taksir hilang baba ) 19.2.18

KUALA LUMPUR 18 Feb. –  Fitrah seorang penjenayah, sudah semestinya merancang dengan teliti dan licik sebelum memperdayakan mangsa seperti yang dapat dilihat dengan jelas dalam kes-kes penipuan menggunakan maklumat perbankan orang lain.

Maklumat perbankan tersebut digunakan untuk menutup jejak kewangan (money trail) jenayah yang dilakukan bagi mengaburi bukan sahaja mata pihak berkuasa tetapi juga mangsa bagi mengelakkan diberkas.

Menurut beberapa mangsa penipuan yang ditemubual Utusan Malaysia, penjenayah-penjenayah berkenaan akan menggunakan sekurang-kurangnya lima atau enam akaun bank dan se­ring memberikan pelbagai alasan bagi meyakinkan sasaran jenayah mereka.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 54, dia kerugian hampir RM40,000 ketika cuba membuat pinjaman peri­badi dengan sebuah ‘syarikat kewangan’ yang ditemui melalui me­dia sosial kerana terpedaya dengan taktik licik tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=caz-j2nUNjI

Abdullah berkata, pada peringkat awal, dia diberitahu permohonan pinja­mannya itu telah diluluskan namun penjenayah yang me­ngenalkan diri­nya sebagai Kennedy itu memaklumkan syarikatnya memerlukan wang berjumlah RM8,000 sebagai bayaran pengurusan dan turut memberikan nombor akaun yang perlu digunakan untuk mema­sukkan wang berkenaan.

Kennedy turut menjanjikan pihaknya akan memulangkan wang tersebut bersama ‘pinjaman’ yang telah diluluskan itu.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, penjenayah ber­kenaan sekali lagi menghubu­ngi Abdullah dan menyatakan ‘akauntan’ yang menguruskan pinjaman tersebut meminta Abdullah untuk memasukkan RM5,000 lagi ke dalam satu lagi akaun bank, kali ini untuk ‘urusan guaman’.

“Pada mulanya saya percaya kerana seorang rakan sebelum ini berjaya mendapatkan pinjaman daripada syarikat itu, namun selepas mereka terus meminta lagi wang, saya menjadi musykil dan memaklumkan kepada Kennedy mahu membatalkan permohonan pinjaman tersebut.

“Bila enggan akur, lelaki berbangsa Cina itu mengugut saya dengan mengatakan wang-wang yang telah dibayar sebelum ini adalah satu bentuk rasuah dan boleh menyebabkan saya dan akauntan dipenjarakan melainkan sejumlah wang lagi dibayar kepada syarikat sebagai denda,” jelas beliau.

Abdullah menambah, seba­nyak lima transaksi kewangan telah dilakukan yang mana setiap satu daripadanya menggunakan akaun milik orang yang berlainan.

Kes yang hampir sama juga berlaku kepada Roslina, 41, yang mana dia telah ditipu sebanyak hampir RM6,500 semasa hendak membuat pinjaman dengan ah long.

Menurut beliau, pada mula­nya, ah long itu memberikan alasan dia perlu membayar RM1,000 sebagai wang ‘bayaran peguam’ untuk meluluskan dan melepaskan pinjaman yang dimohon.

“Untuk setiap bayaran yang diminta, saya dikehendaki memasukkan bayaran tersebut ke beberapa akaun milik individu berbeza.

“Melihatkan ah long itu semakin lama semakin banyak meminta bayaran atas alasan untuk memproses pinjaman RM5,000 itu, saya batalkan niat untuk meminjam,” jelas beliau.

Selain Abdullah dan Roslina, terdapat banyak lagi kes yang sama terjadi di negara ini.

Rujukan dengan rekod laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan terdapat hampir 150 kes penipuan seperti yang dilalui Abdullah dan Roslina berlaku pada 2017 sahaja.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

PENJENAYAH PENIPUAN MAKLUMAT PERIBADI LICIK PERDAYA MANGSA TERDESAK

 http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-kurang-taksir-hilang-laba-1.612008#ixzz57XZ2hKBB
© Utusan Melayu (M) Bhd

]]>
0
Hafizi <![CDATA[SINDIKET KAUT UNTUNG GUNA MAKLUMAT AKUAN ORANG LAIN – UTUSAN MALAYSIA – 18/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19963 2018-02-19T08:18:35Z 2018-02-19T08:18:35Z Utusan Malaysia ( tipu data peribadi ) 18.2.18

Utusan ( hidup sengsara dituduh menipu ) 18.2.18

MAKLUMAT peribadi seperti MyKad, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), nombor akaun bank serta nombor pengenalan peribadi (PIN) sama sekali tidak boleh diberikan kepada sesiapa pun selain daripada pihak berkuasa yang berkaitan kerana tindakan itu akan membawa pelbagai implikasi negatif kepada pemiliknya.

Di bawah Fasal 4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), data peribadi ditakrifkan sebagai ‘apa-apa juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang tersimpan dan dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail’.

Walaupun tidak menjadi satu kesalahan untuk memberi atau mendedahkan maklumat itu kepada pihak lain, setiap individu wajib memastikan tujuan pemprosesan data peribadi oleh pengguna data (individu atau syarikat yang memproses data peribadi).

Berdasarkan laporan-laporan yang diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dalam kebanyakan kes, didapati mangsa-mangsa yang terlibat kurang memahami natijah daripada tindakan mereka menyerahkan data peribadi tersebut kepada pihak lain.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa tidak sewajarnya dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini kerana dalang sebenar jenayah ini adalah ah long dan sindiket yang berniat memperdayakan mereka.

Jelas beliau, pihaknya menerima lebih 60 laporan daripada orang ramai yang terpedaya dengan sindiket terbabit dan ah long.

“Daripada laporan yang dibuat, kami dapati maklumat akaun itu sering digunakan dalam penipuan urus niaga dalam talian, jual beli kenderaan, hartanah dan paling popular, pinjaman mudah.

“Keadaan menjadi lebih parah apabila pihak yang ditipu dalam urusan-urusan berkenaan membuat laporan polis kerana disebabkan akaun yang men­­jadi petunjuk utama dalam siasatan polis itu milik mangsa, merekalah yang akan menanggung akibatnya manakala dalang sebenar terlepas,” katanya.

Dari sudut perundangan, beberapa peguam yang ditemui Mingguan Malaysia menyatakan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan berkenaan.

Dalam kebanyakan kes yang diwakili, para peguam berkenaan memberitahu, anak guam mereka kebiasaannya akan dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 402 atau Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Peguam, Heather Marie Anthony berkata, mereka dikenakan pertuduhan di bawah salah satu atau kedua-dua akta berkenaan kerana jejak kewangan yang dikesan oleh pihak polis akan menjurus kepada akaun-akaun yang dibuat atas nama mangsa.

“Perkara ini berlaku kerana semua transaksi dalam peni­puan dilakukan menggunakan akaun mangsa. Mengikut impli­kasi undang-undang, pihak polis akan membuat siasatan berdasarkan jejak transaksi wang tersebut dan maklumat yang diberikan oleh mangsa,” katanya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

TANGGUNG NATIJAH KERANA KURANG FAHAM UNDANG-UNDANG

http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tanggung-natijah-kerana-kurang-faham-undang-undang-1.611465#ixzz57XUJS2sZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

]]>
0
Hafizi <![CDATA[BENDUNG PENULARAN BERITA SENSITIF – UTUSAN MALAYSIA – 15/2/18]]> http://www.ppim.org.my/?p=19960 2018-02-15T06:41:32Z 2018-02-15T06:41:32Z Utusan ( bendung penularan berita sensitif ) 15.2.18

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Penularan gambar ngeri serta mengaibkan seorang pelajar perempuan yang maut selepas kepalanya terkena bilah pisau mesin rumput semalam, menjadi petunjuk kepada perlunya suatu mekanisme perundangan dibentuk bagi membendung gejala tersebut.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini tiada sebarang peruntukan perundangan dalam Perlembagaan negara yang boleh diguna pakai bagi mensabitkan mana-mana pihak ke muka pengadilan atas tindakan tidak bermoral itu.

“Isu ini tiada dalam perundangan. Ia patut diawasi menerusi etika laporan media,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nur Afini Roslan, 14, maut dalam keadaan menyayat hati selepas kepalanya terkena bilah pisau mesin rumput yang tercabut dari sebuah traktor di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan.

Lebih menyayat hati gambar mayat mangsa yang berbentuk sensitif ditularkan oleh netizen tanpa ada sebarang perasaan belas kasihan kepada ibu bapa dan keluarga mangsa.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kesalahan menularkan gambar atau perkara-perkara sedemikian rupa yang boleh mendatangkan kemudaratan serta fitnah wajar dihukum dan perlu  dipertimbangkan untuk diletakkan di bawah kesalahan yang termaktub dalam Akta Fitnah 1957.

Jelas beliau, masyarakat kini bagaikan ‘dirasuk dengan sikap mahu menjadi orang yang pertama menyebarkan berita terbaharu tanpa memikirkan tentang sensitiviti atau kesan psikologinya kepada mangsa mahupun pihak berkaitan.

“Elok juga jika ada kawalan, mungkin Akta Fitnah 1957 boleh digunakan untuk mengawal aktiviti penularan dalam kalangan masyarakat ini. Atau mungkin kerajaan boleh pinda akta baharu.

“Kebebasan yang diberikan tidak sewajarnya disalah guna, kita perlu ada sikap hormat kepada orang lain dan buang jauhjauh suka menyebarkan bendabenda sensasi,” katanya.

Sasterawan dan pejuang bahasa, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin berkata, masyarakat perlu mengetahui tentang batas dan sempadan dalam menyebarkan berita agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada penerima.

Katanya, masyarakat kini seperti semakin tidak peka kepada persekitaran semasa kerana gemar bertindak secara melulu dan mengikut gerak hati tanpa berfikir secara teliti terlebih dahulu.

“Secara moralnya perlu ada had dan batas sempadan kerana kita perlu menjaga perasaan orang lain supaya tidak tersinggung, sudah tiba masanya kita menilai diri sendiri.dan berubah menjadi masyarakat lebih bertanggungjawab,” katanya.

 

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

BENDUNG PENULARAN BERITA SENSITIF

 

]]>
0