Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
GBAH SARAN WUJUDKAN APLIKASI BANTERAS PUSAT JUDI HARAM – SINAR ONLINE – 16/2/2017
16 Feb 2017

KUALA LUMPUR – Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) menyarankan pihak berkuasa mewujudkan satu aplikasi yang berkesan dalam usaha bagi membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

Pengerusinya, Muhammad Yusuf Azmi berkata, langkah berkenaan adalah bagi membolehkan masyarakat bersama-sama melaporkan tentang kegiatan perjudian haram di sesebuah kawasan secara lebih efisien.

“Pada masa kini kita lihat masyarakat begitu susah untuk bersama-sama melaporkan kegiatan perjudian haram yang berlaku di negara ini.

“Jika aplikasi ini diwujudkan, masyarakat di sesebuah kawasan boleh melaporkan secara terus tentang kegiatan itu melalui kemudahan tersebut dengan memuat naik gambar premis yang terlibat,”katanya ketika sidang media yang berlangsung di Kondominium Villa Puteri, hari ini