Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HAMPIR 300 RIBU RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI KAD PENGENALAN !!
26 Apr 2017

HAMPIR 300 RIBU RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI KAD PENGENALAN
26 April 2017 – “Hampir 300 ribu warga Sabah tiada kad pengenalan diri.” Kata Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPIM), En. Zamri Zainon dalam satu sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Isu kesukaran warga asing untuk memohon menjadi warganegara Malaysia adalah perkara yang menjadi perkara biasa tetapi bagi warganegara Malaysia yang lahir di Malaysia tetapi tiada kad pengenalan adalah perkara yang amat luar biasa.

Walaupun sudah mempunyai surat beranak namun sukar bagi Cik Riana Mae Christopher Bakar (19 tahun) untuk memperolehi kad pengenalan, kerana ibu bapanya mempunyai masalah dalam sijil perkahwinan. Hampir 8 tahun beliau berusaha untuk memperolehi kad pengenalan namun sehingga kini, masih gagal. Difahamkan beliau dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Kesan dari pemasalahan ini, beliau sukar untuk memohon pekerjaan untuk menyara kos hidup serta pembelajaran.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi). Beliau mengatakan bahawa setiap individu tidak kira apa jua status, mereka perlu mempunyai kad identiti. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan-urasan perundangan dan juga sebagai data untuk rujukan pihak berkuasa. Jika perkara ini tidak diambil tindakan segera. Agak sukar bagi kerajaan untuk mengenal pasti individu jika mereka ini melakukan jenayah didalam Negara ini.

“Satu kaedah perlu dihalusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.” Kata Toqqi. Pihak PPIM merayu agar kerajaan melakukan satu tindakan seperti menggubal undang-undang berkenaan isu kewarganegaraan tidak menjadi topik utama dalam pentadbiran kerajaan.
Selain itu Presiden Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin berpendapat bahawa setiap orang tidak kira akan status yang dimiliki olehnya berhak untuk menimba ilmu. Ketiadaan dokumen pengenalan akan menyukarkan kanak-kanak untuk menjalani alam persekolahan.

“Kita tidak tanya kenapa orang “Stateless” ini melakukan jenayah, kita hanya tahu menghukum mereka sahaja.” kata Dr. Noorazman lagi, hak untuk bekerja bagi setiap insan perlu supaya mereka mampu menyara diri dan keluarga. Jika seseorang berdiri di atas status tanpa kerakyatan dan tidak diberikan peluang untuk bekerja, mereka berkemungkinan melakukan perkara diluar jangkaan seperti mencuri, meragut malah menjadi pembunuh upahan demi meraih kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, pihak PPIM dan MHO serta PPIM menyeru agar kerajaan dapat melihat semula perkara ini dengan serius serta mengambil inisiatif dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa jua bentuk dokumen.

IMG_3862 IMG_3956 IMG_3998 IMG_4056