Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HARAP KERAJAAN TAK SOROK ISU HARGA MINYAK – SINAR HARIAN – 4/1/19
04 Jan 2019

sinar ( harap kerajaan tak sorok isu harga minyak ) 4.1.19-01

SHAH ALAM –  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan segera mengumumkan harga minyak baharu bagi meredakan tanda tanya orang ramai.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu minyak ini adalah perkara sensitif dan ramai yang menantikan apa sahaja keputusan kerajaan.

“Jadi kita perlu tahulah, jangan pula kerajaan menyorok maklumat. Saya fikir perkara ini eloklah beritahu rakyat bagi menjawab persoalan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Nadzim berkata, sekiranya masih tidak diumumkan, pelbagai isu lain akan timbul.

“Mungkin kerajaan sedang membuat semakan, lebih-lebih lagi apabila harga minyak di pasaran menurun dan saya sudah lama mengharapkan kerajaan memberi minyak subsidi,” katanya.

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

HARAP KERAJAAN TAK SOROK ISU HARGA MINYAK

https://www.sinarharian.com.my/article/5339/BERITA/Nasional/Harap-kerajaan-tak-sorok-isu-harga-minyak