Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
” HARGA BARANG SEKOLAH DIPANTAU ” – KOSMO – 24.12.2016
24 Dec 2016

kosmo 24.12.2016

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, kementerian telah memeriksa pasar raya dan kedai sebelum mendapati ada kenaikan harga barangan keperluan sekolah terutama pakaian seragam.

“Kami telah menjalankan operasi dan tinjauan harga di seluruh negara bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga dan mencatut barangan kelengkapan sekolah.

“Jika didapati mereka mengambil kesempatan menaikkan harga barang sempena kembali semula ke sekolah, pihak kementerian akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4TjKKtqc6