Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HENTIKAN KEMASUKAN “AWANG HITAM” – PPIM – 8/6/2017
08 Jun 2017

Kehadiran kumpulan-kumpulan “Awang Hitam” di beberapa tempat  tertentu di negara ini telah mengganggu kehidupan harian rakyat Malaysia, sehingga ada yang terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan atau tempat-tempat mereka berkumpul bagi mengurangkan potensi berdepan gangguan mereka ini.

Fizikal yang besar, sasa dan ukuran badan yang berbeza juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengelak daripada berdepan dan juga sering mengalah walaupun mereka ini menipu dalam apa-apa transaksi.

Mengulas perkara ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (toqqi) berkata pihaknya menerima aduan daripada para pengguna berkenaan isu terbabit.

“Kita pernah membuat permintaan kepada kerajaan supaya mengkaji balik perkara ini kerana kedatangan mereka di negara kita tidak membawa sebarang keuntungan”, ujar beliau.

Tambahnya lagi, kedatangan mereka di negara sebagai pelajar hanyalah satu alasan bagi mereka untuk menduduki negara kita

4

“Mereka ini sering terlibat dengan aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, penggubalan wang haram, skim-skim penipuan, black money dan menggunakan wanita tempatan sebagai keldai dadah,”katanya lagi.

“Kita meminta supaya Kementerian Pelajaran Tinggi supaya menapis bilangan yang masuk ke negara kita  yang betul-betul layak sahaja,”kata Datuk Hishamuddin Hashim, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM. Beliau turut memberi cadangan agar kuota kemasukan kumpulan ini dikecilkan.

Turut sama hadir pada sidang media ini iaitu Presiden Pertubuhan Ekonomi Islam Malaysia (PEMA), Zamri Zaimon, Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, dan Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Husainay Hashim.

Toqqi menegaskan bahawa pihak kerajaan harus mengambil tindakan dengan segera dan meminta Kabinet melihat balik isu ini kerana bimbang akan masalah yang dibawa oleh kumpulan ini yang semakin merunsingkan semua pihak.

5