Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
HILANG KEKUATAN DI NEGARA SENDIRI – SINAR HARIAN – 14/1/18
15 Jan 2018

Sinar Harian ( Hilang kekuatan di negara sendiri ) 14.1.18

KUALA LUMPUR – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa orang Melayu hari ini telah kehilangan kekuatan di negara sendiri.

Katanya, ia berpunca daripada kerana wujudnya perselisihan dan pergaduhan di pelbagai peringkat.

“Di peringkat perniagaan, kita tak boleh nak sokong produk keluaran orang Melayu Islam sendiri, malah saling me jatuhkan. Orang agama pun begitu juga, sepatutnya mereka bersatu letakkan Islam di tertinggi dan disegani.

“Ini yang berlaku dari dahulu sehingga hari ini kalau kita mengaum pun orang tak kisah. Orang bukan Melayu saling bantu membantu antara mereka tapi kita saling bercakaran,” katanya dalam Konvensyen Kebangkitan Ummah, hari ini.

Menurutnya, orang Melayu hari ini berdepan masalah sosial dan pelbagai cabaran.

“Kita perlukan satu perubahan segera kerana kita jauh ketinggalan, dipandang rendah dan dihina pihak lain. Ada dua pihak perlu bertanggungjawab membawa perubahan ini iaitu orang Melayu itu dan pemerintah.

 

Artikel Oleh : Sinar Harian

Hilang kekuatan di Negara Sendiri