Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ISU NASI LEMAK : TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENGULAS….
27 Apr 2011

UTUSAN 27 APRIL 2011
IPOH 26 April — Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.
“Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah). 
“Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini. — Bernama
PPIM : TERIMA KASIH TAN SRI YANG SUDI MENDENGAR SUARA KAMI!