Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JAWAPAN BALAS TERHADAP ARTIKEL PUTAR BELIT THE MALAY MAIL @themmailonline
16 Jul 2015

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Paduka Nadzim Johan (To’ki) akan keudara dalam slot Dunia Pengguna Radio BERNAMA 24 pada jam 1.15 tengahari ini bagi memberi penjelasan ‘menfitnah kaum cina’ seperti yang diputar belit akhbar The Malay Mail.

Berita yang dimanipulasi akhbar itu telah membangkitkan reaksi kurang senang MCA dan segelintir kaum cina yang lain. Oleh itu, penafian segera mengenai kenyataan itu telah pun dibuat oleh pihak PPIM.

Kenyataan yang telah dilapor The Malay Mail telah dipetik dari laman www.ismaweb.com (SINIdilihat seolah-seolah mahu ‘memanaskan’ kembali bahang rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yatt kelmarin oleh  akhbar bahasa inggeris itu.
Sila baca dan fahami ayat yang digariskan:
To’ki menerangkan mengenai budaya yang dipercayai oleh kaum cina dalam mencari rezeki, jelas dilihat beliau tidak menuduh dan menyifatkan langsung bahawa kaum cina adalah penipu,
Disamping itu, beliau melahirkan rasa kesal kerana kaum melayu adalah mangsa paling besar dalam isu penipuan jual beli, kerana kaum melayu adalah kaum majoriti sebagai pengguna berbanding kaum lain di Malaysia.