Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KEJADIAN TIPU MENJADI-JADI
01 Dec 2011

AL-KISAH KEDAI SAHABAT 1 MALAYSIA

PUTRAJAYA 28 Nov. – Selepas gagal menerima komisen dan insentif yang dijanjikan, pemegang lesen MRewards International Sdn. Bhd. (MRewards) membuat laporan polis ke atas syarikat itu yang mengendalikan Program Sahabat 1Malaysia.

Harun Ab. Ghani menunjukkan laporan polis berkaitan syarikat MRewards yang gagal membayar komisen dan insentif yang dijanjikan kepada ahlinya.

Harun Ab. Ghani, 40, berkata, para pemegang lesen yang sebelum ini berperanan untuk mempromosi Program Sahabat 1Malaysia berasa curiga apabila gagal menghubungi MRewards manakala pejabatnya di Seri Kembangan berhenti beroperasi sejak Oktober lalu.

”Saya bersama kawan-kawan yang lain telah membayar antara RM5,000 dan RM15,000 untuk menjadi pemegang lesen dan tidak menerima sebarang resit.

”Kami dijanjikan untuk menerima ganjaran dalam bentuk komisen apabila ahli-ahli yang kami rekrut itu berbelanja di kedai-kedai yang menyertai Program Sahabat 1Malaysia.

”Malangnya saya gagal menerima satu sen pun walaupun telah berjaya merekrut hampir 3,000 ahli,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu pada 21 November lalu, Harun telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang mengenai perkara yang sama.

Harun berkata, tinjauan yang dilakukannya mendapati kedai-kedai yang sepatutnya menyertai Program Sahabat 1Malaysia tidak menawarkan ganjaran kepada ahli seperti yang diberitahu oleh MRewards.

”Selain membuat laporan polis, kami pada masa yang telah membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam.

”Kami berharap tindakan boleh diambil ke atas pihak yang berkenaan kerana MRewards menggunakan logo 1Malaysia dan ini akan menjejaskan nama baik kerajaan,” katanya.