Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
“KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM” – MENARA KL – 2/4/19
03 Apr 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini melancarkan Kempen Beli Produk Muslim.Kempen berterusan itu bertujuan untuk menggalakkan ekonomi Muslim selain mengetengahkan produk dan perkhidmatan muslim di Malaysia.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata kempen ini juga merupakan satu platform yang menggabungkan usahawan, peniaga dan pengguna bagi memanfaatkan semua pihak.
“Usaha ini dilihat mampu menanam semangat saling bantu membantu dalam ekonomi kepada umat Islam dan ia bakal memperkenalkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan keluaran/milik usahawan Muslim,” katanya ketika perasmian kempen itu di Menara Kuala Lumpur hari ini.Menurut Nadzim Kempen ini juga akan menggalakkan orang Islam membayar Zakat Perniagaan yang merupakan tanggungjawab usahawan muslim.
” Kita mempromosikan konsep membeli sambil beramal untuk mendapatkan keberkatan,” katanya.
Kempen yang dirasmikan oleh Ybhg Ustaz Hashim Bin Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan turut dihadiri oleh Tuan Haji Aminuddin Yahya (Pengerusi UMMAH).
PPIM akan memperkenalkan satu aplikasi mobil bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan membeli produk usahawan muslim.Untuk fasa pertama aplikasi itu yang dijangka akan dilancarkan selewat-lewatnya sekitar bulan syawal 2019 bakal mendapat sambutan lebih 2 juta pengguna Islam.
Semua usahawan muslim dinegara ini dijemput mendaftarkan perniagaan dan produk mereka dengan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad yang bekerjasama dengan PPIM bagi kempen tersebut.
1f8f5815-1a7e-454c-b4ac-621cee5bb583 6f490ad8-1439-4997-942c-18c32c0e9cbc 9cc5ad3c-7c28-4726-a1fb-f1b20dd69197 53e855b4-012d-45ac-b741-48b474c6ff30 625ad547-1c1a-4cda-b50a-7d08036b4c6b 746dc83a-8392-465b-a0f4-7935921192d1 5455ba2d-4072-49ae-8999-88408cc11bae 7531dd59-b869-466f-85f0-ab0950a25c32 68082b0b-99be-4d41-bb3b-757774c080c9 a91756e9-8887-487f-b5fa-7e783f878158 b10e615d-cca1-4755-9dc3-67c4b81051d0 d210f41f-a9b0-448f-9149-22895e55d433 e068f6d9-f315-4e6b-a016-e487afd17506 e188e6af-5253-41a6-88ee-2d744069a3fc e841bdcb-d6b9-4eea-bbea-0ebb4d955275 ea8743fe-402e-40a5-afec-fbec6c101a69
3b1c00e7-300f-4862-8c80-92547988d5f5 8fc7c943-4aaa-43ca-bbb7-ac4d8b0ead28 19240cc9-473f-41b3-83a5-46b0cd325174 a7bbb810-94e1-4894-825a-481bc565650b
988d97e9-d03b-4248-8b1e-2fdd9cb0c4b3 19075447-7588-46c5-a36a-26e3404b4fe8 a5210669-1aff-4aa6-90ea-673d9ab32a33 e068f6d9-f315-4e6b-a016-e487afd17506 e575438e-0784-4ccf-ad86-a6dc260c6299
0f75527f-d1fd-45b6-ba18-934379e19ebc 2c0e165f-bb02-42e3-8f9a-163682981d5b 9f24c15f-322b-4cb1-b8c8-ca83a62f55e3 759b1186-2038-4b12-bb86-f275d8725307 5235bbc3-0ade-4af8-9b70-2a12a207a412 68092496-bcc8-4360-b0e3-2859e2d01e3a b1dedb19-996f-48c2-b3b7-c26ee6662cc6 ccabe7ee-a7ad-414d-b8b3-dd5784fd7c2e e2872d8c-148e-423c-8205-a0423afccf5e
2fde8434-ef78-46ff-9f30-3f88a4e66119 05c8952d-a6ba-45de-b683-e7ae90ed755b