Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KENYATAAN MEDIA LETUPAN DI KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG – PPIM – 12/4/19
15 Apr 2019

KENYATAAN MEDIA

LETUPAN DI KOMPLEKS BERSEPADU PENGERANG

cefd80cb0de69f534f8f8eae42c488bf

Susulan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pengusaha dan pengurus kompleks itu mengambil langkah proaktif bagi menjamin keselamatan pekerja dan penduduk sekitar.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata kejadian letupan yang berlaku amat membimbangkan.

” Apakah pihak berwajib dan pengurusan di sana boleh memberi jaminan perkara sebegini tidak akan berulang,” katanya.

Nadzim mahu satu jaminan kepada penduduk dan pekerja bahawa langkah keselamatan akan diperketat.

” Penduduk dan pekerja ibarat berada di kawasan bom jangkamasa yang akan meletup pada bila-bila masa, ini amat membimbangkan dan pihak berwajib harus bertindak segera,” tegasnya.

Nadzim turut berkata kejadian seperti itu sepatutnya tidak berlaku dan laporan penuh mesti dimaklumkan kepada rakyat kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam juga.

” PPIM memohon usaha bersungguh-sungguh dan komitmen tinggi agar tidak lagi ada insiden melibatkan kecuaian dan kualiti kerja, capailah ‘0 accident’ dan kembalikan keyakinan rakyat,”

Nadzim turut mahu pihak bertanggungjawab jangan ambil sambil lewa dan menyorok dibelakang SOP perhubungan awam atau polisi syarikat dan sebagainya.

Hari ini dalam sebuah kenyataan, Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi, pada Jumaat.

Namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini.

Penduduk sekitar bagaimanapun mendakwa terdapat rumah yang mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.

Menurut sumber PPIM, letupan kerap berlaku terutama di Paka, Terengganu namun ia tidak dilaporkan media.

” Antara dakwaan pekerja di sana ialah pihak majikan mula mengambil pekerja tidak mahir seperti warga Bangladesh kerana gaji mereka lebih murah, ini mungkin menyumbang kepada kejadian kemalangan di sana,”

” Kita minta pihak pengurusan mengambil serius dakwaan ini dan mengambil langkah terbaik memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Berikut adalah kejadian letupan di kompleks-kompleks minyak dan gas dalam negara.

3 Dis 2018. – Kebakaran kecil berlaku di kompleks penapisan minyak Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB), anak syarikat milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di Sungai Udang, Melaka.

16 Ogos 2016 – 2 maut letupan gas Sipitang Sabah. Dua Orang meninggal dunia setelah terkena letupan gas ammonia pada 9.30 pagi tadi di loji PETRONAS, Sipitang.

10 May 2012 – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di Paka, Terengganu.

26 Julai 2012. – Kapal tangki MISC Bunga Alpinia terbakar di Jeti Terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, pulau Labuan jam 2.30 pagi. Kapal itu turut meletup.

Februari 2010 – Satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML)

Disember 2010 – Enam pekerja pelantar minyak milik Petronas di luar pantai Terengganu dilaporkan cedera apabila pelantar yang sedang dalam penyelenggaraan berkala terbakar.

Ogos 2008 – Kebakaran Terminal Minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat terjadi pada jam

6.30 petang melibatkan sebuah tangki minyak yang penuh dengan bahan kimia mudah terbakar.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052 Terima Kasih. [TAMAT]