Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SEKITAR KENYATAAN MEDIA MENGENAI BOIKOT ASTRO
27 Jun 2011

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
No. 70X Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-425 77 222 Faks: 03-4256 6617
Hotline: 019-359 1000 Laman Web : www.muslimconsumer.org.my
KENYATAAN MEDIA 27hb Jun 2011 PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):
Boikot Astro! Kerana Pentingkan Keuntungan Lebih Daripada Pengguna
Merujuk kepada kenyataan media PPIM betarikh 17hb Jun 2011 mengenai kenaikan harga dan kualiti perkhidmatan Astro dan juga kenyataan media oleh En. Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro bertarikh 24hb Jun 2011 di Star bertajuk Price revision is ‘inevitable’, PPIM amat berdukacita pihak Astro tidak berganjak daripada keputusannya menaikkan harga pakej langganan berkuatkuasa Julai 2011 walaupun mendapat desakan daripada beberapa Persatuan-Persatuan Pengguna dan juga Kementerian berkaitan untuk tidak berbuat demikian.
PPIM kesal dengan sikap Astro yang tidak prihatin langsung terhadap rungutan pengguna yang rata-rata tidak bersetuju dengan notis kenaikan harga berkuatkuasa Julai 2011. Ini berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan PPIM di laman blog www.muslimconsumer.org.my. Sikap demikian mencerminkan keperibadian Astro yang bertentangan dengan semangat 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang diperjuangkan Kerajaan.
PPIM ingin menyedarkan semua pengguna, Astro hanya berminat untuk mengaut keuntungan daripada pengguna yang tidak mempunyai pilihan kerana siaran TV berbayar melalui SATELIT DIMONOPOLI ASTRO selama DUA PULUH (20) TAHUN. Rungutan dan keperluan pengguna kepada perkhidmatan yang berkualiti tidak diendahkan Astro kerana tiada persaingan.
Pihak Astro pula sentiasa menyalahkan syarikat TV berbayar lain atas kenaikan kos kandungan sedangkan pihak Astro mempunyai sumber kewangan yang kukuh hasil daripada lesen monopoli tv satelit yang dinikmati selama ini untuk membida kandungan pada harga yang amat tinggi berbanding pihak lain.
Setelah hampir sepuluh (10) tahun mengaut keuntungan berlipat ganda hasil daripada langganan pengguna dan juga hasil iklan TV, pihak Astro telah menunjukkan keangkuhannya dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga langganan tanpa berbincang dengan pihak berwajib.
Memandangkan pihak Astro tidak mengendahkan tuntutan pengguna melalui PPIM yang dibuat pada kenyataan media bertarikh 17hb Jun 2011, PPIM menggesa semua pelanggan dan pengguna Astro bersatu dan memboikot ASTRO sehingga mereka akur kepada  tuntutan-tuntuntan tersebut.
Pada fasa pertama ini, PPIM akan bertindak melalui ahli-ahlinya dengan:
1. Tidak membayar bil langganan bulanan Astro selama tiga (3) bulan  berturut-turut;
2. Memboikot produk dan perkhidmatan para pengiklan yang mengiklan di Astro melalui kuasa pengguna yang sedia ada; dan
3. Menuntut Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998.[end]