Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Ketatkan syarat kemasukan warga Afrika – Harian Metro Online – 14/6/2017
14 Jun 2017

 

KERAJAAN digesa mengetatkan syarat kemasukan Awang Hitam ke negara ini sebagai langkah membendung pelbagai aktiviti jenayah yang dilakukan mereka kebelakangan ini. Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, ia ekoran pelbagai isu membabitkan warga Afrika seperti pengedaran dadah, penggubahan wang haram, skim penipuan dan sindiket keldai dadah.

Katanya sebelum ini PPIM pernah menyuarakan cadangan supaya kerajaan melakukan kajian mengenai tujuan kedatangan mereka ke negara ini.

“Kita lihat ia bukan isu baru malah di sesetengah kawasan, ada orang tempatan terpaksa mengelakkan diri dari kawasan penempatan Awang Hitam ini bagi mengelakkan diganggu.

“Saya juga berharap isu ini dibawa ke kabinet kerana berdasarkan aduan, ada yang memegang pas pelajar, tetapi terbabit dengan isu yang bertentangan dengan undang-undang negara. Jika tidak dibendung, ia akan memberi lebih banyak masalah,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/237347/ketatkan-syarat-kemasukan-warga-afrika